Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki tempatan ditahan, terlibat judi loteri haram di Saratok
  • JENAYAH

Lelaki tempatan ditahan, terlibat judi loteri haram di Saratok

Utusan Sarawak 16 hours ago
LELAKI tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram dalam satu operasi di kawasan Bazar Saratok, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram dalam satu operasi di kawasan Bazar Saratok Bazaar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai Inspektor Henry Muji.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan semalam di premis kedai di Kawasan Bazar Saratok selepas pihak polis menerima maklumat berkaitan aktiviti perjudian berkenaan.

LELAKI tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram dalam satu operasi di kawasan Bazar Saratok, semalam. Foto IPD Saratok

“Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan lelaki tempatan berusia 33 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan menjual nombor loteri awam haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai ejen menjual nombor loteri haram bagi menambah pendapatan harian.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian berkenaan.

LELAKI tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram dalam satu operasi di kawasan Bazar Saratok, semalam. Foto IPD Saratok

Antara barang rampasan termasuk telefon bimbit jenama Redmi 13C, kertas yang mengandungi catatan nombor loteri awam haram, pensel berwarna biru serta sejumlah wang tunai.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif daripada sebarang pengaruh dadah,” jelasnya.

Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes perjudian di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 pada tahun 2017, 2021 dan 2024.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan, positif amphetamine dan methamphetamine
Next: Lelaki terlibat kes kebakaran motosikal milik keluarga ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.