Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aaron-Wooi Yik gagal akhiri kemarau 19 tahun beregu Malaysia di All England
  • SUKAN

Aaron-Wooi Yik gagal akhiri kemarau 19 tahun beregu Malaysia di All England

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho (kanan) dan Seo Seung-jae (dua kanan) bergambar bersama pasangan Malaysia yang muncul naib juara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik (dua kiri) pada majlis penyampaian hadiah selepas perlawanan akhir beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka All England di Utilita Arena, Birmingham. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Harapan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menjuarai Kejohanan Badminton All England 2026 tidak kesampaian selepas tewas di pentas akhir, sekali gus melanjutkan kemarau 19 tahun Malaysia dalam acara tersebut.

Dalam pertarungan sengit di Arena Utilita Birmingham, sebentar tadi pasangan nombor dua dunia itu tewas 21-18, 12-21, 21-19 kepada juara bertahan dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Won Ho-Seung Jae  yang juga beregu nombor satu dunia menampilkan aksi agresif untuk menundukkan Aaron-Wooi Yik meskipun tewas set pertama 18-21.

Pilihan utama itu seterusnya berjaya bangkit di set kedua dengan keputusan meyakinkan 21-12 sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-19 dalam tempoh 63 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik sekali lagi terlepas peluang merangkul gelaran sulung kejohanan berprestij itu selepas tewas pada perlawanan akhir edisi 2019 dan 2024.

Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kejohanan bertaraf Super 1000 itu ialah pada edisi 2007 menerusi gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mengejutkan pasangan nombor satu dunia ketika itu dari China Cai Yun-Fu Haifeng.

Selaku juara, Won Ho-Seung Jae membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$107,300 (RM423,466), sementara Aaron-Wooi Yik meraih AS$50,750 (RM200,288).

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Piala Dunia Trek UCI: Azizulhasni sambar gangsa acara pecut
Next: Pertandingan pickleball meriahkan sambutan Hari Wanita Sedunia 2026 di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.