Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,400 bungkus bubur lambuk, bubur kapur dikongsi bersama penduduk Kabong
  • WILAYAH

1,400 bungkus bubur lambuk, bubur kapur dikongsi bersama penduduk Kabong

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyempurnakan simbolik Penyerahan Masakan Berasaskan Bubur sempena Ramadan 1447 Hijrah yang berlangsung di Kabong Town Square, petang ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 1,400 bungkus bubur lambuk dan bubur kapur berjaya disediakan serta diedarkan kepada penduduk sekitar Kabong sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program tersebut bukan sekadar aktiviti memasak dan mengagihkan makanan, malah menjadi medium memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut beliau, semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan program tersebut mencerminkan nilai perpaduan yang kukuh dalam komuniti Kabong.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan simbolik Penyerahan Masakan Berasaskan Bubur sempena Ramadan 1447 Hijrah yang berlangsung di Kabong Town Square, petang ini.

Chee Kadir berkata, program seperti ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja membantu penduduk menikmati juadah berbuka puasa, malah menggalakkan budaya berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan.

Tambahnya, inisiatif berkenaan turut menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin, pertubuhan masyarakat serta penduduk setempat.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menyempurnakan simbolik Penyerahan Masakan Berasaskan Bubur sempena Ramadan 1447 Hijrah yang berlangsung di Kabong Town Square, petang ini. Foto ADUN Kabong

Program tersebut merupakan hasil kerjasama tiga persatuan yang bergabung dalam menjayakan inisiatif kebajikan itu iaitu Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kabong, Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) Kabong dan Urusetia Saudara Kita (USK) Kabong.

Melalui program ini, beliau berharap aktiviti seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan selain memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, usaha murni tersebut juga membuktikan bahawa semangat kerjasama dan kesukarelawanan masih subur dalam kalangan masyarakat di kawasan Kabong.

Turut hadir Penghulu Sani Mohd; Penghulu Rahman@Dom Kapok; Kaunselor Ulin Tabur; Kaunselor Johan Rahman; Pengurus PNK Kabong, Sahariya Tahot; Ketua Pergerakan Wanita PBB Kabong, Nurain Abdullah dan tetamu kehormat lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Surau Cahaya Islam terima geran MRP RM10,000, projek naik taraf RM200,000
Next: 171 golongan memerlukan terima sumbangan Ramadan di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.