Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JKKK nadi pengurusan akar umbi, pemacu pembangunan luar bandar
  • WILAYAH

JKKK nadi pengurusan akar umbi, pemacu pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
 TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis pada sesi perjumpaan Ahli Jawatankuasa Induk JKKK Kampung Nanga San di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diiktiraf kerajaan dilihat penting sebagai asas pentadbiran dan pengurusan kampung atau rumah panjang di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, kerajaan Sarawak komited memperkasakan institusi JKKK termasuk menyediakan pelbagai bentuk elaun bagi memastikan pengurusan kampung dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan elaun sebanyak RM1,300 kepada pengerusi JKKK dan RM300 kepada setiausaha sebagai penghargaan terhadap tanggungjawab yang dipikul dalam mengurus hal ehwal kampung.

“Selain itu, setiap ahli jawatankuasa induk JKKK turut menerima elaun mesyuarat sebanyak RM50 bagi setiap kali mesyuarat yang diadakan, dengan had maksimum enam kali setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perjumpaan Ahli Jawatankuasa Induk JKKK Kampung Nanga San bersama wakil rakyat yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menjelaskan, kerajaan turut menyediakan bayaran RM100 bagi setiap mesyuarat sebagai kos berkaitan pengurusan mesyuarat.

Bagaimanapun katanya, pembayaran elaun tersebut tertakluk kepada penghantaran minit mesyuarat ke Pejabat Daerah sebagai rekod rasmi pentadbiran.

Menurut beliau, penubuhan JKKK yang tersusun bukan sahaja memudahkan pengurusan kampung, malah menjadi penghubung penting antara kerajaan dan masyarakat setempat.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis pada sesi perjumpaan Ahli Jawatankuasa Induk JKKK Kampung Nanga San di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang, semalam. Foto ADUN Simanggang

Dalam pada itu, Harden turut menyentuh rancangan pembangunan di kawasan tersebut termasuk pembinaan Jalan Brayun Basi yang dijangka memberi manfaat kepada 10 rumah panjang dan dua sekolah.

Katanya, pembinaan jalan tersebut diyakini mampu merancakkan aktiviti ekonomi penduduk khususnya dalam sektor pertanian melalui pembukaan kawasan baharu serta memudahkan urusan pemasaran hasil.

Terdahulu, Penghulu Empaga Bailey dalam ucapannya mengingatkan pengurusan JKKK supaya menyediakan profil kampung yang mengandungi jumlah isi rumah di bawah bidang kuasa JKKK untuk dikemukakan kepada Pejabat Daerah sebagai rujukan.

Beliau turut menegaskan bahawa hanya keluarga yang benar-benar menetap di kampung atau rumah panjang berkenaan perlu direkodkan sebagai penduduk di bawah jagaan seseorang Ketua Kaum.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Nanga San yang baharu dipilih, Achon Tadeng, merakamkan penghargaan atas kepercayaan penduduk rumah panjang yang memilih beliau menerajui jawatankuasa tersebut.

Dalam majlis sama, beliau turut memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa induk JKKK Kampung Nanga San yang terdiri daripada pelbagai biro bagi memastikan pengurusan kampung berjalan lebih teratur dan menyeluruh.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Ihya Ramadan semai nilai keagamaan dalam kalangan remaja
Next: Didikan agama benteng pengaruh negatif generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.