Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SKAS 2026: Nilai bantuan untuk isi rumah, warga emas tanpa pasangan, individu bujang naik
  • TEMPATAN

SKAS 2026: Nilai bantuan untuk isi rumah, warga emas tanpa pasangan, individu bujang naik

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak menyempurnakan simbolik penyerahan SKAS 2026 di Bazar Ramadan Stutong, Kuching, hari ini. Foto Masrin Affirah

KUCHING: Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 ditingkatkan kepada RM950 untuk isi rumah, berbanding RM800 sebelum ini.

Warga emas tanpa pasangan pula menerima RM500 berbanding RM400 sebelum ini, manakala individu bujang menerima RM300 berbanding RM250.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata bantuan itu akan disalurkan dalam tiga peringkat iaitu pada 10 Mac, diikuti Mei dan November 2026.

“Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM539.8 juta bagi pelaksanaan bantuan tersebut tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran SKAS 2026 di Bazar Ramadan Stutong di sini, hari ini.

Abang Johari berkata seramai 857,814 rakyat Sarawak layak menerima bantuan tersebut, terdiri daripada 395,802 kategori isi rumah, 335,591 kategori bujang dan 126,421 warga emas tanpa pasangan.

Beliau turut menjelaskan bahawa bantuan SKAS disalurkan melalui aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global), membolehkan penerima membuat pembelian barangan makanan asas secara terus menggunakan telefon pintar.

“Kita ada kira-kira 2,249 pasar raya dan peruncit yang mengambil bahagian dalam program ini.

“Cara ini memudahkan penerima kerana mereka hanya perlu menggunakan telefon untuk membuat pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai,” katanya.

PREMIER Sarawak berucap pada majlis pelancaran SKAS 2026 di Bazar Ramadan Stutong, Kuching, hari ini. Foto Masrin Affirah

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak meneruskan komitmennya membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup menerusi pelaksanaan SKAS 2026 yang memanfaatkan lebih 857,000 penerima di seluruh negeri.

Menurutnya, bantuan tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai bekalan makanan asas.

“Selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kita juga mempunyai skim bantuan sendiri kerana dasar kita ialah memastikan setiap keluarga sekurang-kurangnya dapurnya berasap.

PREMIER Sarawak menyantuni para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Stutong, Kuching, hari ini. Foto Masrin Affirah

“Bantuan ini bertujuan memastikan keluarga mempunyai bekalan makanan asas seperti beras, gula, kopi, teh dan barangan keperluan lain supaya mereka tidak perlu bimbang tentang keperluan harian,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata pendekatan tersebut bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan keperluan asas, malah turut merangsang ekonomi domestik negeri.

Menurutnya, suntikan dana kerajaan kepada rakyat akan meningkatkan permintaan domestik dan memberi manfaat kepada sektor peruncitan melalui kesan pengganda ekonomi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan negeri akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk dalam bidang pendidikan dan teknologi.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Operasi cegah AADK Kota Samarahan: 12 individu positif dadah ditahan
Next: Eksklusif: Meriam buluh jadi tumpuan Program Lan Berambeh Sungkei 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.