Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kanak-kanak sembilan tahun maut, lima sekeluarga melecur dalam kebakaran di Sri Aman
  • KEBAKARAN

Kanak-kanak sembilan tahun maut, lima sekeluarga melecur dalam kebakaran di Sri Aman

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBUAH kediaman Taman Sentosa Indah RPR Fasa 1 misnah dalam kebakaran awal pagi ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Tragedi pilu menyelubungi sebuah keluarga di Taman Sentosa Indah RPR Fasa 1, di sini, apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat awal pagi tadi.

​Dalam kejadian kira-kira 3.00 pagi itu, mangsa kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmed Arfan Shah ditemukan rentung di tingkat atas kediaman jenis separuh kekal tersebut. 

Lima lagi ahli keluarga mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur dalam usaha menyelamatkan diri.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

​Jurucakap JBPM memaklumkan bahawa kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah berkeluasan 30 x 30 kaki persegi yang telah musnah sepenuhnya 100 peratus.

​”Dua mangsa dewasa, iaitu seorang lelaki berusia 65 tahun dan seorang wanita berusia 41 tahun, mengalami kecederaan melecur serius di seluruh badan. 

“Manakala tiga lagi mangsa, termasuk dua remaja berusia 13 dan 15 tahun, mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki,” jelas kenyataan tersebut.

​Dua mangsa yang melecur teruk telah dikejarkan ke Hospital Sri Aman menggunakan unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), manakala tiga lagi mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

​Selain kemusnahan kediaman, kebakaran tersebut turut menjejaskan empat buah kenderaan yang diletakkan di kawasan rumah iaitu sebuah ​Toyota Vios dan Perodua Axia yang terbakar 30 peratus; ​sebuah motosikal (terbakar 50 peratus) dan Perodua Bezza terselamat (tiada kerosakan).

​Operasi yang diketuai oleh Komander Operasi, Nicholas Langi, melibatkan seramai sembilan anggota bomba dengan bantuan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan pihak Sarawak Energy.

​Pasukan bomba menggunakan teknik serangan bagi mengawal api daripada merebak dan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan semula sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada 5.35 pagi.

​Mayat mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan bedah siasat dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

​Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran kenderaan terpakai di Kampung Tambirat berjaya dikawal
Next: Rumah dua tingkat musnah 100 peratus
dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.