Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Komuniti pengolah muzik AI sokong perlindungan hak cipta, tegaskan AI hanya alat sokongan
  • HIBURAN

Komuniti pengolah muzik AI sokong perlindungan hak cipta, tegaskan AI hanya alat sokongan

Utusan Sarawak 16 hours ago
PENGOLAH Lagu AI dan Penulis Lirik, Anthony William.

SIBU: Komuniti pengolah muzik yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mengambil maklum perkembangan terkini berkaitan garis panduan hak cipta dan penggunaan AI dalam industri kreatif negara.

Mereka menegaskan bahawa teknologi itu berperanan hanya sebagai alat sokongan dalam proses penciptaan muzik.

Pengolah Lagu AI dan Penulis Lirik, Anthony William, berkata komuniti berkenaan menghormati pendirian Perlindungan Hak Cipta Pengarang Muzik (MACP) Berhad yang menegaskan kepentingan melindungi karya ciptaan manusia dalam industri muzik.

Menurutnya, dalam amalan profesional mereka, AI tidak digunakan untuk menggantikan peranan pencipta, sebaliknya membantu meningkatkan kualiti dan kecekapan dalam penghasilan karya.

“Dalam kebanyakan proses penghasilan muzik, elemen teras seperti lirik, melodi utama, mesej, emosi dan hala tuju artistik tetap ditentukan oleh manusia.

GAMBAR hiasan.

“Teknologi AI pula membantu dalam aspek susunan muzik, eksplorasi tekstur bunyi, simulasi instrumen, analisis harmoni serta proses teknikal seperti adunan (mixing) dan pemurnian (mastering) audio,” katanya.

Menurut beliau, kreativiti manusia kekal sebagai asas kepada setiap karya muzik, manakala AI berperanan sebagai alat yang membantu pemuzik, penyanyi dan komposer menghasilkan produksi yang lebih berkualiti secara efisien dan profesional.

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan AI secara telus dan beretika amat penting bagi mengekalkan integriti industri muzik.

Selain itu, katanya, teknologi tersebut juga berpotensi membuka ruang kepada bakat baharu yang berdepan kekangan seperti kos studio, akses kepada pemuzik profesional atau kemudahan rakaman.

“Dengan bimbingan dan sentuhan kreatif manusia, AI boleh menjadi pemangkin kepada karya yang lebih berkualiti, berdaya saing dan menepati standard industri global,” katanya.

Sehubungan itu, komuniti berkenaan menggesa agar teknologi AI tidak dilihat sebagai ancaman kepada industri muzik, sebaliknya dimanfaatkan secara bijaksana demi kepentingan bersama.

“Dalam era transformasi digital, Malaysia juga sedang menuju ke arah pembangunan industri berteraskan kecerdasan buatan, justeru sektor muzik dan seni kreatif perlu bersedia menyesuaikan diri secara progresif tanpa mengabaikan prinsip keadilan dan hak pencipta

“Pendekatan seimbang antara perlindungan hak cipta dan inovasi teknologi akan membantu memastikan ekosistem kreatif negara terus berkembang secara sihat,” ujarnya.

Beliau menambah komuniti tersebut komited untuk terus bekerjasama dengan badan industri, agensi kerajaan serta komuniti pencipta bagi membentuk masa depan industri muzik Malaysia yang inklusif, beretika dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Britney Spears ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk
Next: Persembahan silat dalam air meriahkan sambutan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.