Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rampas barangan seludup bernilai RM4.85 juta di Bau
  • JENAYAH

PGA Sarawak rampas barangan seludup bernilai RM4.85 juta di Bau

Utusan Sarawak 6 hours ago
BARANGAN yang dirampas semasa serbuan di Bau. Foto IPD Bau

BAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawakmencatat kejayaan dalam Op Taring Bravo semalam dengan merampas barangan seludup bernilai kira-kira RM4.85 juta dalam satu serbuan di Bau.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai, berkata Cawangan Risik Batalion 11 PGA Kuching telah menjalankan serbuan dan pemeriksaan di premis di sini, yang membawa kepada penahanan lima lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 52 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan serta penyeludupan pelbagai barangan tanpa dokumen atau permit sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 24,975 kilogram bawang merah, 3,383 kilogram minyak masak, 62,190 kilogram beras, 125 kotak pelbagai jenis ubat-ubatan serta 16,080 kilogram daging sejuk beku telah dirampas,” katanya.

Beliau menambah pihaknya turut merampas tiga lori dan tiga kontena, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4.85 juta.

Serbuan itu dilaksanakan melalui operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dibantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

Turut terlibat ialah Unit Anjing Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bagi membantu pemeriksaan serta mengesan sebarang aktiviti penyeludupan dadah di lokasi serbuan.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta memastikan semua dokumen dan permit sah diperoleh sebelum menjalankan sebarang aktiviti perdagangan atau pengangkutan barangan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 10 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas di Limbang
Next: Tiga individu ditahan di Daro, Matu kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.