Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 10 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas di Limbang
  • JENAYAH

10 lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAMPASAN dadah dan tangkapan individu tempatan hasil Ops Tapis Khas oleh JSJN Sarawak.

LIMBANG: Seramai 10 lelaki diberkas dan dadah seberat 0.68 gram dirampas menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di daerah ini dari 26 hingga 28 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata operasi selama tiga hari itu dilaksanakan bagi mengekang aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di sekitar Limbang.

“Seramai 10 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

“Dalam operasi sama, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik turut merampas sebanyak 0.68 gram methamphetamine dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM68,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, empat lelaki tempatan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala enam lagi lelaki tempatan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Beliau berkata penahanan itu adalah hasil risikan berterusan pihak polis serta kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” tegasnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Polis Miri tahan suspek curi tabung derma pusat ibadat
Next: PGA Sarawak rampas barangan seludup bernilai RM4.85 juta di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.