Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UTS universiti pertama guna teknologi baharu penjimatan tenaga
  • PENDIDIKAN

UTS universiti pertama guna teknologi baharu penjimatan tenaga

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERJASAMA STRATEGIK…Dr Khairuddin (dua kanan) dan Henry (dua kiri) pada pada majlis menandatangani MoA antara UTS dengan Visi Utama Sdn Bhd, hari ini.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak muncul sebagai universiti pertama di Malaysia mengguna pakai teknologi kecekapan tenaga baharu yang berupaya mengurangkan penggunaan elektrik secara signifikan melalui kerjasama strategik dengan Visi Utama Sdn Bhd.

Naib Canselor UTS, Profesor Emeritus Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, pihak universiti berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan bagi menguji dan mengesahkan keberkesanan peranti kecekapan tenaga yang diperkenalkan.

Menurutnya, projek tersebut telah dimulakan menerusi inisiatif ‘proof of concept’ tahun lalu apabila sistem pencahayaan baharu dipasang di kampus universiti itu.

“Hasil pelaksanaan itu menunjukkan penjimatan penggunaan tenaga yang sangat ketara,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTS dengan Visi Utama Sdn Bhd, hari ini.

Beliau menjelaskan, bagi sistem pencahayaan, perbandingan antara lampu sedia ada dengan peranti baharu menunjukkan penjimatan sekurang-kurangnya 60 peratus.

“Ini bermakna penggunaan tenaga dapat dikurangkan dengan sangat ketara apabila teknologi baharu ini digunakan.

“Bagi sistem penyaman udara pula, ujian yang dijalankan merekodkan penjimatan tenaga sekurang-kurangnya 35 peratus, sekali gus memberi potensi penjimatan kos operasi yang besar dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

Katanya, antara kelebihan utama kerjasama tersebut ialah UTS tidak perlu mengeluarkan sebarang pelaburan modal kerana syarikat berkenaan menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif.

“Melalui perjanjian itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama menjalankan kajian lanjut terhadap teknologi yang digunakan serta menambah baik sistem berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata, data yang dikumpulkan membuktikan sistem tersebut bukan sekadar teori, sebaliknya telah diuji, dipasang dan dianalisis sendiri oleh kakitangan universiti.

“Inisiatif berkenaan juga selari dengan aspirasi BCGS 2030 yang menekankan kelestarian alam sekitar sebagai antara teras utama pembangunan negeri,” ujar beliau.

Selain menjimatkan kos tenaga, katanya lagi, kerjasama itu membuka peluang kepada pensyarah dan penyelidik UTS untuk menghasilkan penerbitan akademik serta memberi ruang kepada pelajar pascasiswazah menjalankan penyelidikan dalam bidang kecekapan tenaga.

“Pelaksanaan teknologi tersebut merupakan sebahagian daripada usaha merealisasikan konsep Green Campus di UTS,” kata beliau lagi.

Turut hadir, Pengarah Urusan Visi Utama Sdn Bhd Henry Kung Sie Ing, Pendaftar UTS Jimmy De Rozario, Timbalan Naib Canselor UTS (Akademik) Prof Ir Ts Dr Mohd Shahril Osman dan Pengurus Besar Visi Utama Sdn Bhd, Raymond Chai Nyap Loong.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: KPT perinci konsortium penyelidikan Malaysia-Indonesia, perkukuh kerjasama akademik serantau
Next: Konvensyen Inovasi Pendidikan Sri Aman dibincang, perkukuh pembangunan pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.