Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes dadah di Selangau: Seorang didakwa, seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis
  • JENAYAH

Kes dadah di Selangau: Seorang didakwa, seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITAHAN… BSJN IPD Mukah menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di perhentian bas Sepiring, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, Selangau. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang buruh lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mukah atas pertuduhan memiliki dadah, hari ini.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya di hadapan Majistret Oon Kork Chern.

Tertuduh berusia 21 tahun yang tidak diwakili peguam bela dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan dua penjamin tempatan. Mahkamah menetapkan 8 Jun 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, seorang lagi suspek berusia 32 tahun dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Mengikut fakta kes, pada 4 Mac 2026 kira-kira 10.00 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah menahan dua lelaki warga tempatan berumur 21 dan 32 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di perhentian bas Sepiring, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, Selangau.

Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dalam simpanan suspek berusia 21 tahun yang dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 0.42 gram.

Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh bersama barang rampasan kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Ujian air kencing mendapati suspek berusia 32 tahun positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala suspek berusia 21 tahun negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat ditangkap terlibat kesalahan penyalahgunaan dadah
Next: 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Demak, Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.