Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cadangan tambah kerusi Parlimen Sarawak perlu dihormati – Abdul Karim
  • SEMASA

Cadangan tambah kerusi Parlimen Sarawak perlu dihormati – Abdul Karim

Utusan Sarawak 7 hours ago
 KETUA Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media berkenaan Lan Berambeh Sungkei di Bangunan Baitulmakmur II, Petra Jaya hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang meluluskan cadangan pertambahan 17 kerusi Parlimen perlu dihormati dan tidak seharusnya dilengahkan untuk dibentangkan di Parlimen.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara tersebut telah diluluskan di peringkat DUN Sarawak yang merupakan sebuah dewan yang berdaulat.

Menurutnya, keputusan tersebut wajar dihormati oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Parlimen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“DUN Sarawak sudah meluluskan perkara ini dan ia perlu dihormati. Ia bukan diluluskan di peringkat rendah, ia diluluskan dalam DUN yang berdaulat. Parlimen perlu meluluskan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media berkenaan Lan Berambeh Sungkei di Bangunan Baitulmakmur II, di sini hari ini.

Abdul Karim turut menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak sepatutnya dikaitkan dengan negeri lain kerana ia merupakan keputusan yang dibuat oleh Sarawak berdasarkan kuasa yang diperuntukkan.

Menurutnya, selepas diluluskan oleh Parlimen, tanggungjawab menentukan kawasan bagi kerusi baharu tersebut akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

“Kita hanya meluluskan penambahan kerusi. Penentuan kawasan kerusi baharu itu adalah tugas SPR, bukan DUN Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat cadangan menambah kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak memerlukan penelitian menyeluruh memandangkan ia membawa implikasi besar kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Azalina menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) pada 12 September 2025 telah bersetuju secara prinsip bahawa penambahan kerusi adalah wajar bagi memenuhi tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

“Namun, jumlah dan peratusan pertambahan perlu dibincangkan lebih lanjut kerana ia memberi kesan kepada negeri-negeri lain,” jelas beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lelaki 44 tahun di Sarawak korban pertama akibat rabies tahun ini – Dzulkefly
Next: Kerjasama strategik: JAPEN Sarawak bentang inisiatif komunikasi 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.