Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Fiksyen sains tanpa AI, pengarah calon Oscar Arco pilih sentuhan manusia
  • HIBURAN

Fiksyen sains tanpa AI, pengarah calon Oscar Arco pilih sentuhan manusia

Utusan Sarawak 10 hours ago
FILEM calon Oscar, Arco tiada menggunakan AI.

BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat: Filem animasi calon Oscar, Arco, mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki pada masa depan yang mana manusia hidup selaras dengan alam semula jadi, jauh daripada robot dan kecerdasan buatan (AI) yang menguasai kehidupan hari ini.

Bagi pengarah sulung, Ugo Bienvenu, yang melukis keseluruhan filem itu dengan tangan sendiri, tiada menggunakan AI.

“Itulah sebabnya saya menghasilkan fiksyen sains,” kata pengarah Perancis itu kepada AFP.

“Ia untuk memberitahu generasi ini: ‘Mungkin ada jalan lain, mungkin ada perkara lain yang boleh dibayangkan.’”

PENGARAH Perancis, Ugo Bienvenu yang juga pengarah, penulis bersama, dan penerbit filem calon Anugerah Filem Animasi Terbaik Arco bergambar semasa sesi fotografi menjelang Majlis Makan Tengah Hari Calon Oscar Ke-98 di hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, California pada 10 Februari 2026. Foto AFP

Ilustrator novel grafik berusia 38 tahun itu berkata beliau bimbang dengan kebergantungan masyarakat yang semakin meningkat terhadap AI, yang menurutnya tidak mampu menggantikan nilai asli kreativiti manusia.

“Ia seperti mahu menebang kaki sendiri hanya kerana anda mempunyai tongkat yang hebat,” katanya.

Akademi Seni dan Sains Filem, badan yang menganugerahkan Oscar di Hollywood pada 15 Mac, tahun lalu mengemas kini peraturan mereka untuk menegaskan bahawa mereka bersifat neutral terhadap teknologi itu.

“Kecerdasan Buatan Generatif dan alat digital lain… tidak membantu atau merugikan peluang dicalonkan,” kata akademi pada April.

“Akademi dan setiap cabangnya akan menilai pencapaian, mengambil kira sejauh mana manusia menjadi teras penghasilan kreatif.”

Langkah ini muncul selepas kontroversi penggunaan AI dalam filem calon Filem Terbaik The Brutalist yang mana loghat Hungary Adrien Brody dilicinkan secara artifisial dan Dune: Part Two, yang mana warna mata beberapa watak diubah.

PASUKAN Arco yang memenangi anugerah bergambar bersama trofi mereka selepas memenangi Anugerah Filem Animasi Terbaik pada edisi ke-51 Majlis Anugerah Filem César di Olympia, Paris pada 26 Februari 2026. Foto AFP

Musim ini, dua filem pendek animasi yang layak Oscar secara terbuka mengakui penggunaan AI, namun tidak mendapat pencalonan.

Bagi Bienvenu, kebergantungan pada AI dalam proses kreatif berbahaya kerana ia boleh melemahkan imaginasi.

“Jika kita percaya mesin akan melakukannya untuk kita, kita tidak pernah membuat kesilapan yang membolehkan kita mengakses alam bawah sedar di situlah kreativiti sebenar terletak,” katanya.

Bienvenu, yang bercakap dengan AFP semasa majlis makan tengah hari calon Oscar di Beverly Hills bulan lalu, berkata banyak perbincangan mengenai penggunaan AI dalam pembikinan filem, isu utama dalam mogok penulis dan pelakon yang melumpuhkan Hollywood pada 2023.

“Semua orang lebih kurang sehaluan. Tiada siapa benar-benar mahu menggunakannya,” katanya.

Pada Januari, lebih 800 kreatif, termasuk pelakon Scarlett Johansson dan Cate Blanchett serta pengarah Guillermo Del Toro, menerbitkan surat terbuka menuduh gergasi AI melakukan ‘kecurian’.

Pengarah Mexico itu, yang filemnya Frankenstein bersaing untuk FilemTerbaik tahun ini, pada 2022 berkata animasi yang dicipta AI adalah “penghinaan kepada kehidupan itu sendiri.”

Bienvenu berkongsi kebimbangan yang sama.

“Bahaya sebenar ialah kita… menjadi lemah secara intelektual. Ia bukan soal melindungi pekerjaan, tetapi soal apa yang membuat kita manusia. Fiksyen adalah tentang berkongsi pengalaman,” katanya proses yang membantu kita “bersedia secara emosi apabila perkara serius berlaku dalam hidup, supaya kita tidak hancur.”

Kehidupan moden kini terlalu didominasi mesin yang hanya mengulang semula apa yang telah wujud, kata Bienvenu.

“Hari ini, ada orang yang memakai pakaian dan makan makanan dihasilkan robot, pada asasnya, mereka yang miskin. Dan kini, kumpulan yang sama ini akan mengonsumsi fiksyen yang dibuat oleh robot,” katanya.

Syarikat besar pengeluar AI tidak menanggung kos sebenar produk mereka, kata Bienvenu, dan sesuatu perlu dilakukan untuk mewujudkan keseimbangan.

“AI tidak percuma,” kata Bienvenu.
“Ia ada kesan fizikal dan impak kepada alam bawah sedar kita.” – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ahmad Nawab diiktiraf MBOR hasilkan lebih 200 lagu untuk 42 filem

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.