Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua individu ditahan termasuk wanita warga emas terlibat keldai akaun
  • JENAYAH

Dua individu ditahan termasuk wanita warga emas terlibat keldai akaun

Utusan Sarawak 6 hours ago
KELDAI AKAUN…Dua suspek termasuk seorang perempuan warga emas terlibat sebagai keldai akaun.  

LAWAS: Polis Daerah Lawas berjaya menahan dua individu termasuk wanita warga emas yang terlibat menjadi keldai akaun.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memaklumkan bahawa semalam, di tepi Jalan Banting, Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang wanita tempatan berusia 62 tahun.

“Beliau yang bekerja sebagai peniaga ditahan kerana terlibat dengan jenayah penipuan pelaburan tidak wujud di bandar Baru Bangi Selangor pada September 2024 yang lalu.

“Kes berkenaan melibatkan kerugian RM14,700. Suspek mengakui tidak tahu akaun digunakan oleh orang lain untuk tujuan penipuan. Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 420 KK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pada Selasa lepas, di sebuah rumah di Jalan Trusan, Lawas, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, bekerja sendiri, kerana terlibat dalam kes penipuan pelaburan tidak wujud di Nilai, Negeri Sembilan pada 8 Ogos 2025.

Kes berkenaan melibatkan kerugian RM 2,000. Suspek mengakui tidak tahu akaun digunakan oleh orang lain untuk tujuan penipuan. Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 420 KK.

Sementara itu pada Isnin lalu pihak polis menerima laporan dari seorang lelaki tempatan yang melaporkan berkaitan kes tipu pinjaman tidak wujud menggunakan laman sosial dan melibatkan kerugian RM11,540.

Pengadu menyatakan pada 8 Februari 2026, pengadu telah nampak satu iklan pinjaman wang dan pengadu berminat untuk membuat pinjaman wang.

Pengadu telah membuat beberapa bayaran atas alasan guaman dan proses tetapi masih tidak menerima wang dan menyedari telah ditipu. Kes disiasat mengikut seksyen 420 KK.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu tanah kurnia
Next: Empat ditangkap terlibat kesalahan penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.