Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Aidilfitri: Pasangan cina jual kurta serendah RM10, bantu golongan B40
  • INSPIRASI

Aidilfitri: Pasangan cina jual kurta serendah RM10, bantu golongan B40

Utusan Sarawak 9 hours ago
PASANGAN suami isteri berbangsa Cina, Chee Sur Wing, 33, (kanan) dan Rita Too Wan Er, 32, menunjukkan baju kurta yang dijual mereka dengan harga serendah RM10 sehelai sempena Aidilfitri tahun ini. Mahu meraikan kenalan dan rakan-rakan yang beragama Islam termasuk golongan B40 dan mereka yang mempunyai anak yang ramai adalah antara faktor pasangan tersebut mengambil inisiatif untuk menjual pakaian itu dengan harga yang mampu milik. Foto BERNAMA

KLUANG:  Memasuki tahun ketiga berturut-turut, pasangan suami isteri berbangsa Cina, Chee Sur Wing, 33, dan Rita Too Wan Er, 32, terus mencuri perhatian apabila membantu rakan-rakan beragama Islam mendapatkan pakaian raya pada harga mampu milik.

Jika dua tahun lalu mereka menjual set baju raya lengkap berserta sampin serendah RM50, tahun ini mereka tampil dengan pendekatan lebih moden memberi fokus kepada jualan baju kurta dengan harga sehingga serendah RM10.

Chee berkata inisiatif harga ‘Rahmah’ itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya kategori B40 untuk meraikan Aidilfitri dengan pakaian baharu pada harga mampu milik.

“Niat saya dan isteri cuma satu nak bantu golongan B40, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya mereka pun dapat merasai kemeriahan Aidilfitri dengan pakaian baharu.

“Kurta RM10 ini hanya untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual semula di bazar Aidilfitri atau kedai pakaian bagi memastikan matlamat asal untuk membantu orang ramai benar-benar tercapai,” katanya ketika ditemui di kilangnya di Taman Sri Kluang. 

Chee berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila tahun lepas sahaja, lebih 20,000 pasang baju raya berjaya dijual, merangkumi baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu Johor (Teluk Belanga), baju kurung, baju kebaya dan kurta.

Menurutnya, walaupun dijual pada harga yang rendah namun beliau tetap menitikberatkan soal kualiti dengan menggunakan fabrik seperti satin dan Como Crepe serta benang berkualiti yang tahan lama dan tidak mudah tertetas.

Buat masa ini, katanya, pasaran mereka lebih tertumpu kepada penduduk sekitar Kluang dan menambah, orang ramai boleh datang sendiri ke kilang mereka di Taman Sri Kluang yang dibuka setiap hari kecuali Ahad.

Selain pakaian raya, pasangan ini turut menghasilkan pelbagai jenis pakaian korporat lelaki dan wanita pada harga berpatutan selain turut aktif dalam aktiviti kebajikan bersama pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat tempatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dari korporat ke pentas budaya: Kisah Pak Zaidi disokong Ahli Parlimen Miri
Next: Juadah mangkuk tingkat mudahkan anak berbakti kepada ibu bapa sepanjang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.