Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Janji Yang Terpesong
  • WBS

Janji Yang Terpesong

Utusan Sarawak 6 hours ago

JAM ditangan sudah menunjukkan 2.00 pagi namun kelibat Acong belum lagi kelihatan. Di kejauhan kilauan lampu kereta jelas menuju ke arah Mel dan aku  yang sejak awal petang menunggu di jeti sungai dengan bertemankan nyamuk yang mengganas menggigit tanpa henti.

“Mel, aku padamkan dulu lampu kereta ni. Takut-takut ada yang perasan pula nanti yang kita buat ni.” Aku membuka bicara sejenak. “Mel Engkau rasa apa yang kita buat ni betul ke?” Tanyaku pada Mel.

“Entahlah Combie, aku buntu dan aku ku pun tidak tahu kalau kerana kalau bukan  sebab terdesak nak bayar rawatan mak aku nak buat pembedahan ni sejujurnya aku pun tak mahu buat kerja bodoh ni, tapi ini sahaja yang aku mampu dan yang paling cepat nak dapat duit untuk mak aku  segera buat pembedahan tu, sebab Acong dah janji nak bayar aku RM35,000.00, demi mak aku sanggup buat apa sahaja asalkan mak aku sembuh Combie”, jawab Mel dengan nada sedih. “Sebenarnya, aku tahu ini mungkin bukan jalan yang betul tapi aku nampak ini peluang yang aku nampak boleh  buat duit dengan cepat.” Sambung Mel dalam nada yang  sedikit sedih.

Aku hanya mengiyakan sahaja kata-kata Mel kerana dia adalah sahabatku sejak aku dari kecil dan sejak kematian Ibu dan ayahku  keluarga Mel  tempat aku menumpang kasih dan tinggal bersama mereka di pondok usang mereka.

Mengimbau sepintas lalu, beberapa bulan yang lepas, ibu Mel telah disahkan menghidap penyakit jantung  dan perlu menjalani pembedahan pintasan injap jantung  kerana kondisi ibu Mel sekarang ini sangat lemah dan jika tidak dibuat pembedahan dengan kadar segera boleh menyebabkan maut.

Sejak kebelakangan ini aku melihat Mel lebih banyak mendiamkan diri dan kurang bercakap hanya lebih banyak membisu seribu kata.

Aku mengerti dengan masalah yang dihadapi oleh Mel tika ini dan tidak mahu menambahkan lagi kekusutan yang melanda. Jam ditanganku samar-samar kelihatan dan sudah menunjukkan hampir 4.00 pagi dan tanpa kami sedari sudah hampir hampir 2 jam kami menunggu kelibat Acong yang belum kunjung tiba.

Beberapa minit kemudian dari kejauhan kelihatan cahaya serta deruman bunyi enjin perahu memecah keheningan  subuh yang bening. Aku dan Mel bingkas bangun menuju ke jeti dan sudah bersedia menyambut kehadiran Acong yang telat hampir 2 jam.

“Acong kenapa lambat ni… lama kami menunggu kamu… paling tidak pun engkau telefon la tadi maklum awal-awal kalau lambat sampai.” Kedengaran bebelan suara Mel mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hatinya kerana terpaksa menunggu lama di jeti itu.

Aku tanpa disuruh terus mengikat tali bot Acong ke jeti agar mudah  untuk memunggah barang-barang seludup yang begitu banyak dalam kiraanku dianggarkan bernilai ratusan ribu.

Memang  berani mati  betul Acong ni… cetusku didalam hati dan seketika  itu hati kecilku mula timbul sedikit rasa tidak senang kerana bercampur sedikit gusar yang mengundang rasa bimbang. Aku tanpa banyak bicara segera memindahkan barang-barang dari bot Acong ke kereta kami.

Dari kejauhan aku sempat mengerling perlakuan Mel dan Acong membuatkan aku sedikit curiga kerana Acong berbisik sesuatu kepada Mel sambil menunjukkan sedikit duit dalam sampul surat kepada Mel dan  hal itu yang membuat Mel sedikit tertunduk lesu tanpa bicara sejenak dan tanpa kusedari Mel menyedari kelakuannya dan terlihat aku yang terpaku melihat kelakuan mereka berdua dan terus bingkas beredar mengangkat  beberapa kotak yang masih tinggal.

Sejurus urusan memunggah barang selesai Acong memberi isyarat kepada aku dan Mel untuk segera beredar dan berjumpa di lokasi yang telah dijanjikan esok.

Aku yang seakan terpana dan masih tergamam  ketika itu kerana pelbagai persoalan yang kini bermain-main  dibenakku mula mengesyaki ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuanku dan mula merasa tidak senang hati kerana merasakan Mel seakan menyembunyikan sesuatu yang penting dan besar tanpa pengetahuanku.

Aku sempat melihat jam ditanganku sudah menunjukkan 6.00 pagi dan Mel  mengajakku bersarapan pagi di warung Pak Leman yang terletak di hujung kampung sebelum ke hospital untuk menziarahi ibu Mel yang sedang dirawat di hospital.

Pagi  itu, Mel meminta  aku untuk  menemani makcik Kiah ibu Mel. Disebabkan ibu Mel mempunyai masalah jantung yang serius, ibu Mel di tempatkan  di dalam wad asingan khas kerana kes ibu Mel perlu penjagaan rapi dan selepas melawat ibunya, Mel mengajakku berjumpa dengan doktor yang menguruskan urusan pembedahan.

Selepas selesai penerangan oleh doktor tersebut dan dari perbualan tersebut yang sempat kufahami dimaklumkan bahawa pembedahan itu harus diuruskan segera  dan doktor itu ku lihat cepat mendail nombor  telefon berkaitan urusan pembedahan.

Sejujurnya aku tidak terlalu memberi perhatian akan perbualan antara Mel dan doktor kerana saat  ini aku hanya memikirkan bagaimana Mel hendak menjelaskan bil bayaran kos pembedahan yang berjumlah RM35,000.00.

Sesuatu yang mustahil untuk diperolehi dalam waktu yang sesingkat ini kerana aku memahami keadaan kehidupan keluarga Mel yang bukan orang berduit.

Sejurus selesai habis perbincangan urusan pembedahan dengan doktor, Mel memaklumkan  kepadaku bahawa ibunya perlu dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada esok hari  kerana.

Perlu menjalani pembedahan pintasan injap kerana kondisi ibu Mel sekarang ini sangat lemah dan jika tidak di buat pembedahan segera boleh menyebabkan maut.

Tiba-tiba telefon bimbit Mel berbunyi dan Mel menjawab panggilan telefon  ke luar Dan bercakap dalam tempoh yang agak lama .

Kira kira sejam kemudian kelibat Mel pun kelihatan dengan menunjukkan wajah yang sedikit ceria dari sebelumnya dan terus memaklumkan kepadaku bahawa dia telah mempunyai duit yang cukup hasil sumbangan seorang hamba Allah yang baik hati untuk ibunya menjalani pembedahan  nanti dan ku lihat Mel membuka  bungkusan sampul kuning yang terisi sejumlah duit berjumlah RM40,000.00.

Hampir terbeliak biji mataku kerana tersangat terkejut melihat duit yang begitu banyak ditunjukkan oleh Mel kepadaku dan tanpa berkedip mata sedikit pun aku terlopong panjang.

Aku semakin hairan dalam waktu sesingkat ini, mustahil Mel boleh mendapat duit sebanyak itu dari seorang penderma yang baik hati kerana pada asalnya aku dimaklumkn selesai kerja dengan Acong nanti baharu akan mendapat upah dan sepengetahuaanku hanya dijanjikan RM35000.00 untuk kerja yang kami lakukan pada Subuh tadi.

Dan sewajarnya aku mula berasa syak dan sangsi apakah sebenarnya yang kami punggah subuh tadi dalam kotak kecil yang aku punggah ke dalam bonet kereta subuh tadi.

Dadah?? Tiba tiba tanpa aku sedari  benda haram itu yang terlintas dibenak fikiran ku dan tidak semena- mena tangan ku menggeletar dan aku berjaya menyembunyikan perasan gementar ku tika itu dihadapan Mel.

Sejujurnya aku mula diserang rasa panik dan serba salah lantas aku memaklumkan kepada Mel untuk pergi ke tandas sebentar dan akan kembali semula ke wad.

Saat ini fikiranku mula berkecamuk kerana pelbagai persoalan mula timbul dan aku mula membuat pelbagai andaian ku sendiri  dan seandainya betul tekaan itu bahawa Acong sebenarnya adalah seorang pengedar dadah secara tidak langsung aku dan Mel juga sudah terlibat menjadi pengedar dadah.

Dan ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main main dan aku tahu bahawa ianya salah diisi undang undang dan amat berat sekali hukumannya yang boleh membawa hingga ke tali gantung…….

Astagfirullahalazim….. aku mengucap panjang kerana begitu terkejut….. Seketika itu juga dengan jelas terbayang bayang dibenakku hukuman tali gantung  andai itu hukuman kepada kesalahan yang bakal kami terima kelak.

Dengan segera ku alihkan fikiranku dari memikirkan perkara itu dari terus menghantui fikiranku kerana sejujurnya aku trauma dengan apa yang aku fikirkan seandainya menjadi kenyataan kerana natijahnya pasti akan membawa kesan yang amat dalam dan boleh mengancam nyawa makcik kiah juga…..

Sesungguhnya saat ini aku buntu…sungguh aku buntu…. andai ku bantah dan berkeras pasti nyawa makcik Kiah berada dalam bahaya dan  sejujurnya aku buntu untuk mencari jalan untuk keluar dari permasalahan ini saat ini… aku bermonolog sendirian dan mencuba berfikir untuk mencari solusi agar  Mel tidak akan tercalit dengankesalahan  yang sangat berat ini.

Dalam tak sedar Mel menghampiriku seakan menyedari tingkahku yang sedikit berbeza dari sebelumnya dan Mel  duduk disebelahku di ruangan menunggu wad di luar.

“Combie engkau ok ke?” sapa Mel.”

“Aku ok Mel Cuma mengantuk dan sedikit letih sebab tak cukup tidur.” Jawabku dengan nada bersahaja dan sejujurnya aku memang merasa sangat mengantuk dan terasa letih yang teramat sangat saat ini.

Mel tidak meneruskan pertanyaannya dan lantas bangun beredar menuju ke wad Makcik Kiah kerana namanya dipanggil oleh jururawat bertugas untuk menandatangani beberapa dokumen untuk menjalani prosedur pemindahan ke Institut Jantung Negara (IJN) yang dijadualkan esok pagi.

Petang itu Mel menyuruh aku berehat dahulu di rumah kerana dia ingin menjaga ibunya di dalam wad kerana telah hampir beberapa hari ini dia kurang meluangkan masa bersama ibunya.

Dan aku tidak membantah kerana merasa terlalu penat dan ingin merehatkan badan setelah beberapa hari bertungkus lumus tanpa rehat yang cukup.

Namun hati kecilku terdetik untuk menyiasat perihal beberapa hari yang lalu  yang begitu kuat berlegar di benakku dan sering mengganggu fikiranku kerana terlalu memikirkan bagaimana Mel memperolehi duit sebanyak RM40,000.00 dengan cepat kerana ianya telah menjadi tanda tanya besar dan sangat membimbangkan aku.

Malam itu aku bersendirian di rumah dan selepas siap mandi serta makan malam aku  terus berehat di ruang tamu rumah yang banyak menggamit kenangan waktu kecilku yang banyak menyimpan seribu kisah suka dan duka bersama Mel dan makcik Kiah.

Tanpa kusedari  aku menitiskan air mata apabila mengimbau banyak kisah lampau yang begitu banyak menyimpan kenangan sedih. Kira-kira 25 tahun dahulu rumahku dan rumah Mel hanya bersebelahan dan kami adalah merupakan jiran.

Ibu dan bapa kami berkawan baik dan hubungan mereka sangat akrab sehinggalah suatu peristiwa hitam terjadi ketika ibu dan ayahku terlibat dalam satu kenangan ketika balik dari pasar minggu pada suatu pagi.

Kebetulan ketika itu aku tidak menemani ibu dan ayahku kepasar minggu dan entah kenapa aku tidak mahu untuk menemani mereka.

Masih segar dalam ingatanku ketika Pak Mail menjerit jerit memanggil namaku dan memaklumkn ibu dan bapaku meninggal dunia kerana kemalangan akibat bertembung dengan lori sampah yang hilang kawalan sewaktu hendak membelok ke simpang jalan.

Aku tersentak dari lamunan ketika mendengar daun pintu rumah dikuak oleh seseorang dan orang itu adalah Mel.

Mel menyapaku dengan hairan, “kenapa engkau tak tidur lagi ni Combie… Engkau tu kan letih hampir tiga hari tak tidur, berehatlah dah lewat ni esok kita kena bergerak awal pagi ke IJN.” tegur Mel kepadaku.

“Entahlah Mel, aku teringat dengan kisah dulu dulu Mel sewaktu kita masih kecil dan aku tiba tiba terkenangkan arwah ayah dan ibuku ,rasa sebak dan pilu, entah hati ini pula tiba tiba rindu pada mereka dan sesungguhnya hanya Allah yang tahu.”

“Oh ye,macam mana keadaan makcik Kiah? Engkau ni kenapa pula tiba tiba balik ni, siapa pula yang temankan makcik kiah kat wad?” Tanyaku pada Mel Yang tiba tiba balik malam itu walhal siang tadi dia yang beria -ia menyuruhku untuk balik awal kerumah dan menyuruhku berehat.

Aku sedikit hairan dengan perangai Mel malam ini, cetus hatiku yang mula menyimpan syak seperti ada sesuatu yang tidak beres sedang berlaku.

“Combie… Sebenarnya aku ada perkara penting aku nak beritahu dengan engkau satu rahsia besar malam ini tetapi engkau mesti berjanji untuk tidak memberitahu kepada  sesiapa pun  walaupun mak dengan mak aku..” Tiba tiba Mel membuka bicara.

Aku semakin gelisah dan aku secara perlahan  mula menghampiri Mel yang mula duduk disebelahku.”Engkau nak beritahu apa sebenarnya ni Mel,macam penting sangat ni….” soalku kepada Mel, seakan ingin kepastian kerana Mel yang ku kenal bukan seorang yang suka membuat lawak dan tutur bicaranya selalunya berkata terus tanpa suka berkias.

Suasana hening dan bening seketika menyelubungi segenap ruang tamu yang sunyi kerana ketika itu janya Ada aku dan Mel sahaja dirumah itu. Mel masih membisu seribu bahasa dan kulihat Mel tunduk tajam merenung lantai ruang tamu tanpa mata berkedip sedikit pun untuk seketika.

Aku dengar hembusan nafas berat yang panjang dari Mel, Mel menyambung bicara. Kali ini suara Mel kedengaran sedikit lemah.

“Combie,aku sebenarnya tak tau bagaimana hendak menjelaskan hal ni kepadamu.” Mel seakan memberitahu tekanan yang dihadapinya dan sungguh terasa hembusan kesalan yang begitu dalam mencengkam hingga ke rongga jiwa paling dalam sungguh aku dapat merasakan sesuatu beban yang amat berat ditanggung oleh Mel ketika ini.

“Combie, sejujurnya aku nak minta maaf sangat sangat kepadamu. Berat aku nak terangkan tetapi aku harus juga berterus terang kerana engkau sudah ku anggap seperti keluargaku. Sebenarnya aku seorang pengedar dadah dan kejadian tempoh hari adalah perancanganku dan secara tak langsung aku telah membabitkan engkau.” Mel meluahkan segalanya kepadaku dengan mata tertunduk lesu memandang ke lantai.

“Mel, aku tak terkejut dengan pengakuan mu ini, tetapi aku kecewa kerana engkau tidak berterus terang kepadaku dari awal keran ini melibatkan perkara yang bukan main-main dan melibatkan nyawa dan maruah Mel!” Getusku dengan nada marah yang amat sangat. “Kenapa Mel? Engkau tahukan benda ni salah dari segi undang-undang dan sangat berisiko hingga membawa kepada hukuman mati! Cuba engkau bayangkan andai makcik Kiah tahu perkara ini memang dia pun tak setuju!” Bentakku dengan nada kesal dan kecewa.

Mel hanya membisu seribu bahasa tanpa membalas kata-kataku itu. Suasana malam hening seketika dan selang seminit kedengaran telefon bimbit Mel berbunyi dan Mel menjawab panggilan yang diterima dengan satu teriakan yang agak nyaring dan kedengaran dia menyebut nama makcik Kiah. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku dan aku segera menerpa ke arah Mel bertanyakan apa yang berlaku.

“Mak dah tak ada Combie!!!!.”

“Mak Kiah!!!! Innalillahiwainnalirojiun” mulutku secara tiba tiba menyebut kalimah itu. Tanpa sedar aku dan Mel terduduk tanpa suara sejurus menerima berita yang amat mengejutkan itu.

“Mel, Sabar ye. Mel… Jom kita ke hospital sekarang dan uruskan jenazah Makcik Kiah dahulu. Engkau kena kuat dan tabah, jangan risau aku ada untuk kau dan akan selalu ada untuk engkau susah dan senang.”

Keesokan harinya setelah sejurus selesai urusan pengebumian jenazah Makcik Kiah di kampung kami berdua balik ke rumah dan Mel kelihatan sugul dan banyak mendiamkan diri tanpa berkata walau sepatahpun sejak dari tanah perkuburan.

Terasa kesunyian yang amat sangat di segenap penjuru rumah ,bunyi kuakan daun pintu rumah kedengaran bila Mel menolak pintu rumah. Aku dan Mel terus melangkah masuk ruangan ruang tamu dan berniat merehatkan badan di sofa.

Selang 15 minit kami berada dirumah kedengaran bunyi kereta polis beserta bunyi siren memasuki perkarangan rumah. Kedengaran bunyi derupan tapak kaki menginjak anak tangga rumah dengan pantas dan kelihatan kelibat beberapa orang anggota polis dan mengacukan pistol kearah kami berdua dan dalam keadaan kelam kabut itu kelihatan Mel cuba melarikan diri namun segera dihalang oleh pihak polis dan terus digari.

Aku yang terkejut lalu menjadi panik dan hanya mampumenyerah diri tanpa mampu melawan kerana fikiranku tiba-tiba kosong dan tak mampu untuk berbuat apa-apa.

Dari kandang pesalah sayup sayup kedengaran suara hakim membacakan hukuman. “Mel Bin Jali dan Combie Bin Salleh, anda berdua ditahan kerana disyaki menjual dadah jenis ganja dibawah Seksyen 39B Akta Dadah 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.”

Aku tidak mampu berkata apa apa sejurus hakim menjatuhkan hukuman mati kepada kami berdua dan terasa duniaku gelap segelapnya kerana pengakhiran hidupku akan berakhir di tali gantung.

Seketika aku memandang wajah Mel dan aku lihat Mel sangat sugul dan wajahnya kelihatan pucat lesu. Dengan gari yang terpasang kemas di tanganku dan diapit oleh anggota polis yang mengiringi kami dalam perjalanan ke penjara untuk ditahan menjadikan ianya destinasi terakhirku di dunia ini sebelum aku menjalani hukuman gantung kelak.

Sungguh tika ini rasa penyesalanku setinggi gunung dan ianya sudah terlambat umpama sebuah janji yang terpesong dari laluan jaluran asal perjalanansebuah kehidupan.

Aku pasrah atas ketentuanmu, Ya Rabb.

Oleh Muhamad Nur Khairul

Continue Reading

Previous: Puisi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.