Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga gas Eropah melonjak hingga 48% susulan ketegangan di Asia Barat
  • BISNES

Harga gas Eropah melonjak hingga 48% susulan ketegangan di Asia Barat

Utusan Sarawak 9 hours ago

Gambar hiasan

LONDON: Harga gas Eropah melonjak sebanyak 48 peratus dalam tempoh sehari selepas trafik kapal tangki melalui Selat Hormuz – laluan utama bekalan tenaga global – dilaporkan hampir terhenti sepenuhnya susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran.

Di kemudahan Title Transfer Facility (TTF) yang berpangkalan di Belanda, iaitu hab perdagangan gas asli maya paling aktif di Eropah, kontrak hadapan bagi bulan April didagangkan pada paras €47.2 (AS$55.2) setiap megawatt-jam. 

Nilai itu menunjukkan lonjakan berbanding €31.95 setiap megawatt-jam pada 27 Feb sebelum serangan berlaku.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, keadaan itu menandakan kenaikan harian sehingga 48 peratus berbanding harga penutupan sebelumnya.

Sementara itu, QatarEnergy mengumumkan pemberhentian pengeluaran gas asli cecair (LNG) selepas serangan dron yang dilancarkan oleh Iran menyasarkan satu daripada kemudahan tenaganya di Bandar Industri Ras Laffan, Qatar.

Perkembangan itu meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan LNG global sekali gus memberi tekanan tambahan kepada kenaikan harga pasaran.

Selat Hormuz, laluan air sempit untuk keluar masuk di Teluk Parsi, menghubungkan pengeluaran minyak dan LNG Timur Tengah ke pasaran global melalui Teluk Oman dan Lautan Hindi.

Kira-kira 20 peratus daripada eksport LNG global melalui laluan strategik itu. 

Qatar, yang merupakan antara pengeksport LNG terbesar dunia, menghantar hampir keseluruhan eksport LNG mereka melalui selat itu kepada pembeli antarabangsa.

Walaupun China dan negara Asia lain merupakan penerima sebahagian besar kargo LNG yang melalui Hormuz, sebarang gangguan bekalan akan memberi kesan kepada pasaran gas global, terutamanya di Eropah.

Menambah tekanan kepada kenaikan harga itu, tahap simpanan gas Eropah kini telah jatuh di bawah paras 30 peratus. 

Tahap inventori yang rendah meningkatkan kebergantungan benua itu terhadap import LNG daripada  pasaran antarabangsa, sekali gus memburukkan lagi sensitiviti terhadap gangguan bekalan global.

— BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks komposit susut bawah 1,700 mata
Next: Harga minyak dijangka meningkat ke paras AS$90-AS$100 susulan Loji Ras Tanura di tutup sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.