Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kenderaan hilang di Siniawan, polis siasat kes kecurian
  • JENAYAH

Kenderaan hilang di Siniawan, polis siasat kes kecurian

Utusan Sarawak 6 hours ago
HILANG… Pengadu mendapati kenderaannya yang diparkir di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Siniawan kira-kira 8.45 malam tadi telah hilang.

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman, mengesahkan pihak polis sedang menyiasat kes kehilangan kenderaan jenis pikap yang dilaporkan di Siniawan, semalam.

Beliau berkata, laporan polis diterima pada 9.12 malam berhubung kehilangan kenderaan Toyota Hilux Double Cab 2.8 berwarna hitam.

“Pengadu mendapati kenderaannya yang diparkir di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Siniawan kira-kira 8.45 malam telah hilang. Pengadu bersama anaknya pergi ke Pekan Siniawan untuk makan malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Menurut beliau, kenderaan tersebut berada dalam keadaan berkunci namun tidak dilengkapi alat pengesan GPS.

Kawasan parkir berkenaan terang dan terbuka di hadapan pagar sekolah, namun tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi tersebut.

“Kenderaan itu dibeli pada 2020 dan didaftarkan atas nama TAK Enterprise. Ia masih berbaki bayaran ansuran selama empat tahun serta dilindungi insurans. Anggaran kerugian dianggarkan sekitar RM60,000,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Amaran telah dikeluarkan dan anggota detektif diarahkan untuk mengesan serta menangkap suspek. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Enam lelaki, seorang wanita dicekup kes dadah di Bau
Next: Dua lelaki ditahan dalam serbuan Op Dadu di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.