Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan pantau situasi, pelajar Malaysia di Asia Barat selamat
  • SEMASA

Kerajaan pantau situasi, pelajar Malaysia di Asia Barat selamat

Utusan Sarawak 9 hours ago
KERAJAAN melalui Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia terus memantau situasi keselamatan pelajar Malaysia di rantau Asia Barat. Foto Bernama

BACHOK: Kesemua 1,936 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di rantau Asia Barat dilaporkan selamat berikutan beberapa negara terjejas susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran. 

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihak kementerian dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa, dan setakat ini tiada pelajar dilaporkan terjejas.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pendaftaran semasa, majoriti pelajar berada di Jordan, iaitu 1,762 orang, diikuti Arab Saudi (135), Emiriah Arab Bersatu (21), Kuwait (sembilan), Iran (enam) dan Qatar (tiga).

“Sehingga kini, kita tidak mendapat sebarang laporan mengenai keadaan yang membimbangkan dan setakat ini juga, belum ada sebarang permintaan daripada pelajar untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Pihak Education Malaysia (EM) yang berpusat di Dubai dan Jordan sentiasa memantau seluruh negara-negara Arab ini dan melaporkan status keberadaan pelajar kita dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan@UMK 2026 di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok petang ini.

Bagaimanapun, Zambry menggesa mana-mana pelajar Malaysia di negara Arab yang melanjutkan pengajian secara persendirian, dan belum mendaftar dengan pihak kedutaan atau EM supaya tampil berbuat demikian dengan segera.

Beliau berkata, langkah itu disifatkan amat penting bagi memudahkan pihak kerajaan menyusun pelan tindakan menyelamat sekiranya keadaan bertambah kritikal. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lelaki 38 tahun meninggal dunia ditemui tidak sedarkan diri di koridor Kompleks Kerajaan Negeri Betong
Next: Peniaga bazar Ramadan diingatkan tidak kaut keuntungan berlebihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.