Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Harga berpatutan, makanan tradisional terus tarik pengunjung ke kampung-kampung di Jepak
  • WILAYAH

Harga berpatutan, makanan tradisional terus tarik pengunjung ke kampung-kampung di Jepak

Utusan Sarawak 7 hours ago
ORANG ramai mengunjungi gerai makanan di Kampung Sungai Sebuan Besar Jepak bagi mendapatkan pelbagai juadah tradisional yang ditawarkan pada harga berpatutan. Foto Carolyne Utih

BINTULU: Harga makanan yang kekal berpatutan serta kepelbagaian juadah tradisional terus menjadi tarikan orang ramai mengunjungi gerai makanan di kampung-kampung sekitar Jepak di sini.

Hasil tinjauan Utusan Sarawak pada petang tadi mendapati jumlah pengunjung semakin meningkat berbanding tahun lalu sekali gus memberi manfaat kepada peniaga kecil di kawasan berkenaan.

Peningkatan kehadiran pengunjung sejak tahun lalu, susulan pembukaan Jambatan Tun Taib Mahmud yang memudahkan akses ke kampung-kampung sekitar Jepak, turut dirasai peniaga, Nauyah Sapwi, 52, apabila sambutan pelanggan semakin menggalakkan.

“Sejak hujung tahun dan Ramadan tahun lalu, jumlah pengunjung semakin ramai. 

“Kedai kami menawarkan pelbagai kuih tradisional dan majoriti masih dijual pada harga RM2. Hanya kuih bersaiz besar dijual pada harga sedikit lebih tinggi,” katanya.

ORANG ramai mengunjungi gerai makanan di Kampung Sungai Sebuan Besar Jepak bagi mendapatkan pelbagai juadah tradisional yang ditawarkan pada harga berpatutan. Foto Carolyne Utih

Sementara itu, pengunjung, Gabriel Robert, 27, berkata, kawasan tersebut menjadi pilihan kerana menawarkan pelbagai jenis makanan dengan harga berpatutan.

“Terdapat banyak pilihan makanan dan lokasinya berhampiran tempat kerja kami. 

“Harga berpatutan dan saiz hidangan juga memuaskan. Kebiasaannya kami membeli nasi lemak, nasi beriani serta pelbagai jenis kuih,” ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Jemat Marin, 26, berkata, lokasi tersebut menjadi pilihannya kerana dia menggemari makanan kampung.

“Saya memilih tempat ini kerana lebih menggemari makanan kampung. 

“Pada waktu petang, saya juga sering membeli kuih seperti karipap yang menjadi kegemaran saya. Harganya sangat berbaloi dan kebanyakannya tidak melebihi RM5,” katanya.

Tinjauan mendapati kombinasi harga mampu milik serta kepelbagaian makanan tradisional terus menjadikan kampung-kampung sekitar kawasan Jepak sebagai antara lokasi pilihan orang ramai mendapatkan juadah harian.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SABERKAS Prihatin santuni 100 asnaf DUN Lingga, ringankan beban Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.