Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penerbangan pulang Jojo Ghazali sekeluarga dari Makkah dalam masa terdekat
  • SEMASA

Penerbangan pulang Jojo Ghazali sekeluarga dari Makkah dalam masa terdekat

Utusan Sarawak 7 hours ago
JOJO Ghazali (belakang, kiri) berkongsi gambar bersama keluarganya di Makkah.

KUALA LUMPUR: Jadual penerbangan pulang baharu bagi keluarga jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar akan diketahui dua hingga tiga hari lagi.

Ibu beliau Jennana Lynn Johnson berkata buat masa ini mereka sekeluarga menginap di hotel di Makkah dan masih menunggu maklumat terkini daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines. 

“Mereka maklumkan jadual baharu akan diketahui dua tiga hari lagi. Kami semua selamat di Makkah dan kemudahan disediakan oleh pihak agensi susulan penangguhan penerbangan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Johan atau dikenali Jojo Ghazali yang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya terkandas di Makkah susulan penerbangan pulang dibatalkan selepas penutupan beberapa ruang udara antarabangsa. 

Perkara itu dikongsikan sendiri Jojo menerusi hantaran di Instagram Story miliknya yang memuat naik tangkap layar emel pemakluman rasmi daripada syarikat penerbangan Malaysia Airlines berhubung status penerbangan yang telah dibatalkan.

Sementara itu, Jennana berkata kelewatan jadual penerbangan tidak menjejaskan program latihan memandangkan atlet berusia 19 tahun itu tidak menyertai sebarang kejohanan sepanjang Ramadan. 

“Jojo cuti daripada pertandingan sepanjang Ramadan ini,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi
Next: Pemberi kredit, penyedia perkhidmatan kredit wajib lesen dan daftar Suruhanjaya Kredit Pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.