Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PTTS tawar tiga piala utama sebagai acara kemuncak tahun ini
  • TEMPATAN

PTTS tawar tiga piala utama sebagai acara kemuncak tahun ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
BERBUKA puasa…barisan exco PTTS hadir memeriahkan majlis berbuka puasa PTTS dan Saberkas Cawangan Bukit Sari serta Saberkas Cawangan Ba’kelalan.

LAWAS: Persatuan Tarik Tali Sarawak (PTTS) merancang menganjurkan tiga kejohanan utama dalam kalendar sukan tarik tali negeri pada tahun ini.

Penasihat PTTS, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa berkata, tiga kejohanan tersebut ialah Piala Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang akan diadakan di Lawas, diikuti Piala Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi zon tengah Sarawak serta kejohanan antarabangsa merebut Piala Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kuching.

“Kita berharap kerjasama dan sokongan padu semua ahli kepada Presiden PTTS, Steve Lius dan timbalannya Mohd Nazmi Tengah serta barisan exco akan memantapkan pelaksanaan semua aktiviti yang dirancang.

USAHA bersama…(dari kiri) Mohd Nazmi, Steve, Awangku Jinal Abedin dan Henry Sum Agong kelihatan bertukar pandangan dalam membangunkan sukan tarik tali di Sarawak.

“Pembangunan sukan tarik tali di Sarawak juga diyakini dapat dipertingkatkan ke peringkat nasional dan antarabangsa menerusi kepimpinan PTTS yang mantap,” katanya pada majlis berbuka puasa PTTS di sebuah restoran di Lawas, Ahad lalu.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Pegawai Tadbir Khas Timbalan Premier Sarawak Haji Ahmad Materal serta kenamaan lain. Hadir sama barisan exco Saberkas Cawangan Bukit Sari dan Saberkas Cawangan Ba’kelalan.

AMANAT penasihat…Awangku Jinal Abedin yang juga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yakin kemampuan PTTS memertabatkan sukan tarik tali di Sarawak.

Sehubungan itu, Awangku Jinal Abedin menyeru semua jawatankuasa induk di peringkat negeri, bahagian dan daerah agar bekerjasama memastikan setiap kejohanan berjalan lancar.

Beliau yakin pengiktirafan penubuhan PTTS pada tahun lalu, termasuk oleh Persatuan Tarik Tali Kebangsaan, mampu mengangkat sukan tersebut ke tahap lebih tinggi.

PENGHARGAAN…(dari kiri) Mohd Nazmi, Steve Lius, Awangku Jinal Abedin, Henry Sum Agong, Awang Ibrahim dan Ahmad pada sesi penyampaian cenderamata kepada Henry Sum Agong. 

Sementara itu, Henry Sum menyuarakan sokongan padu kepada PTTS bersama Datuk Amar Awang Tengah dalam usaha membangunkan sukan rakyat itu bermula dari peringkat akar umbi hingga ke tahap lebih tinggi.

Beliau turut mengalu-alukan penglibatan syarikat korporat untuk bersama-sama membantu PTTS memajukan sukan tarik tali di seluruh Sarawak.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: MBKS lanjut waktu operasi Taman Sahabat hingga tengah malam esok sempena Chap Goh Mei
Next: Premier Sarawak raikan Ramadan bersama anak yatim, anak istimewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.