Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SABERKAS Prihatin santuni 100 asnaf DUN Lingga, ringankan beban Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

SABERKAS Prihatin santuni 100 asnaf DUN Lingga, ringankan beban Ramadan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah semasa turun padang melakukan pengagihan bakul makanan serta beras menerusi Program SABERKAS Prihatin yang dilaksanakan di enam lokasi di kawasan DUN Lingga, semalam. Foto: Saberkas Cawangan Lingga

LINGGA: Seramai 100 penerima dalam kalangan asnaf dan keluarga memerlukan menerima bakul makanan serta beras menerusi Program SABERKAS Prihatin yang dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, inisiatif tersebut menperlihatkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya sepanjang Ramadan yang penuh keberkatan.

Menurut beliau, sebanyak 100 beg beras merupakan sumbangan daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), manakala bakul makanan diagihkan melalui inisiatif Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Prihatin Cawangan Lingga.

DAYANG Noorazah semasa turun padang melakukan pengagihan bakul makanan serta beras menerusi Program SABERKAS Prihatin yang dilaksanakan di enam lokasi di kawasan DUN Lingga, semalam. Foto: Saberkas Cawangan Lingga

Pengagihan bantuan telah dilaksanakan di enam lokasi utama iaitu Sri Aman, Lingga, Agropolitan Seduku, Skait, Stumbin dan Tanjung Bijat, bagi memastikan bantuan sampai terus kepada golongan sasaran.

Dayang Noorazah bersama beberapa ahli SABERKAS Cawangan Lingga turut turun padang menyempurnakan sendiri pengagihan tersebut sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib masyarakat setempat.

Beliau menegaskan, program seumpama ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kos sara hidup, malah menjadi medium mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi.

DAYANG Noorazah semasa turun padang melakukan pengagihan bakul makanan serta beras menerusi Program SABERKAS Prihatin yang dilaksanakan di enam lokasi di kawasan DUN Lingga, semalam. Foto: Saberkas Cawangan Lingga

“Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja, sukarelawan, barisan petugas SABERKAS dan komuniti setempat atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan agihan berkenaan.

Program tersebut membuktikan semangat kebersamaan dan nilai gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat luar bandar, sekali gus memperkukuh jaringan kebajikan sosial di kawasan DUN Lingga.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Lingga, Mohamad Fawzi Jaafar; Temenggung Mohamad Shah Achang; Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Lingga, Sapiah Drahman; serta Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat ‘Segulai Sejalai’ JKSK Taman Seroja Indah tunjang perpaduan di Saratok
Next: Harga berpatutan, makanan tradisional terus tarik pengunjung ke kampung-kampung di Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.