
cemerlang dalam SPM 2024 dan STPM 2024. Foto: Jiku Juguong
MARUDI: Seramai 110 penduduk Kampung Muhibbah Pemindahan menghadiri Majlis Jamuan Tahun Baharu 2026 yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), semalam.
Majlis tersebut berlangsung di pekarangan kediaman Ketua Kaum, Mika Mos Agan.
Mika dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada seluruh penduduk kampung atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh pentadbirannya.
Beliau berkata, perpaduan antara kaum dalam kalangan penduduk menjadi asas kepada keharmonian dan kestabilan kampung.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha JKKK terdahulu, Sonya Jugoh, atas jasa dan dedikasi yang dicurahkan sejak penubuhan jawatankuasa kampung berkenaan.
Katanya, sumbangan beliau banyak membantu memperkukuh pengurusan serta pentadbiran kampung sehingga kini.
Pada mesyuarat agung tersebut, Christie George dipilih sebagai Setiausaha JKKK yang baharu, manakala barisan ahli jawatankuasa (AJK) sedia ada dikekalkan bagi memastikan kesinambungan perancangan dan pelaksanaan program kampung.
Mika turut menggesa penduduk agar terus bersatu, saling menghormati serta memberikan sokongan berterusan kepada kepimpinan kampung demi kemajuan dan keharmonian bersama.

insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Foto Jiku Juguong
Sementara itu, Penghulu Benedict Waka dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada barisan AJK Kampung Muhibbah Pemindahan atas komitmen dan dedikasi sejak penubuhan kampung berkenaan pada 2021.
Beliau berkata, kerjasama erat dalam kalangan penduduk merupakan kunci kejayaan dalam memajukan kampung serta merancang pembangunan secara lebih teratur.
Pada majlis sama, turut disampaikan insentif kepada anak-anak AJK kampung yang cemerlang dalam pendidikan.
Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Rose Edward, Penghulu Blalang Atom serta Pastor Gereja BEM Marudi, Pastor Abraham dan Pastor Lily.
Oleh Jiku Juguong