Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hampir 14.8 juta nikmati BUDI95, nilai jualan RM12.8 bilion setakat 28 Februari
  • SEMASA

Hampir 14.8 juta nikmati BUDI95, nilai jualan RM12.8 bilion setakat 28 Februari

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi penggulungan di Dewan Negara memaklumkan hampir 14.8 juta rakyat menikmati inisiatif BUDI MADANI RON95 setakat 28 Februari 2026. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu yang layak atau lebih 88 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter setakat 28 Februari 2026.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ia mencerminkan mekanisme MyKad yang mudah diakses, stabil dan diterima baik oleh rakyat.

“BUDI MADANI RON95 (BUDI95) ialah contoh jelas. Subsidi petrol RON95 disasarkan bagi mengekang ketirisan kepada warga asing sementara rakyat kekal menikmati RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

Amir Hamzah berkata, walaupun had subsidi ditetapkan 300 liter sebulan, analisis penggunaan sebenar RON95 menunjukkan hampir 99 peratus pengguna berada di bawah paras tersebut, sekali gus membuktikan ia mencukupi bagi kegunaan harian rakyat tanpa menjejaskan corak penggunaan biasa.

“Sejak diperkenalkan, purata penggunaan sebenar hanya sekitar 100 liter sebulan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata lebih 106,000 pemandu menerima kelayakan tambahan BUDI95 sehingga 500 liter, setakat 28 Februari 2026.

Katanya kelayakan tambahan melebihi had asas 300 liter diberikan berdasarkan data perjalanan sebenar dengan pengemaskinian secara bulanan, sekali gus memastikan subsidi diagihkan mengikut penggunaan sebenar.

Katanya kelayakan BUDI95 pada kadar RM1.99 seliter diberikan secara automatik melalui penyelarasan data antara Kementerian Kewangan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, LPKP Sarawak dan syarikat pengendali e-hailing.

“Ini bermakna, selagi pemandu e-hailing itu aktif dan memenuhi kriteria ditetapkan, mereka layak menerima kelayakan tambahan tanpa perlu melalui proses tambahan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah berkata jumlah Rakan Niaga SARA meningkat kepada 11,300 kedai di seluruh negara setakat 28 Februari 2026 berbanding hanya 700 kedai pada 2024.

“Lebih 4,420 daripadanya kedai runcit kecil tanpa cawangan atau rantaian nasional termasuk Koperasi Angkasa dan koperasi Peladang Kawasan,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pindaan Perlembagaan had tempoh jawatan PM tidak jejas kuasa prerogatif Agong – PM Anwar
Next: Mesyuarat Pra-Majlis MTPMA63 selaras isu teknikal, perundangan MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.