Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warga emas hilang di kebun ditemui selamat
  • Selatan
  • WILAYAH

Warga emas hilang di kebun ditemui selamat

Utusan Sarawak 5 hours ago
WARGA emas yang ditemui selamat di kawasan kebun Kampung Mayang Kawan, pagi tadi. Foto JBPM 

SERIAN: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun di Kampung Mayang Kawan, Jalan Mongkos, ditemui selamat pagi tadi.

Mangsa, Maria Jawas Jamas, 77, dilaporkan keluar dari rumahnya sekitar 12.15 tengah hari semalam untuk ke kebun dengan memakai baju pendek serta membawa beberapa helai pakaian tanpa membawa makanan dan ubat-ubatan.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Nasihin Jaum berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.00 pagi tadi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 9.37 pagi, pihak polis memaklumkan bahawa mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung di kawasan kebun sekitar lima kilometer dari kampung pada 9.15 pagi dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Pihak bomba hanya mengambil maklumat mangsa dan tiada operasi pencarian dijalankan. Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Empat JKKK dan biro wanita terima peruntukan berjumlah keseluruhan RM83,900, perkukuh pembangunan luar bandar
Next: Persatuan Tuan Tanah Sarikei raikan warga emas, beri inspirasi kepada pelajar cemerlang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.