Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat JKKK dan biro wanita terima peruntukan berjumlah keseluruhan RM83,900, perkukuh pembangunan luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat JKKK dan biro wanita terima peruntukan berjumlah keseluruhan RM83,900, perkukuh pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien merasmikan Rumah Biro Wanita, baru-baru ini. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

PAKAN: Empat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan biro wanita menerima peruntukan berjumlah keseluruhan RM83,900 daripada Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shein dalam usaha memperkukuh kemajuan dan kesejahteraan kawasan luar bandar.

Peruntukan tersebut disalurkan oleh beliau pada program santai dan majlis perasmian Rumah Biro Wanita bertempat di Rumah Kanyan Sudok, Nyalak Atas, baru-baru ini.

Penerima peruntukan adalah JKKK Rumah Layau Lian, JKKK Rumah Kanyan Sudok, JKKK Rumah Sumping, JKKK Rumah Asun dan Biro Wanita Rumah Kanyan di Nyalak Atas.

Katanya, sebagai Ahli Parlimen Julau sejak 2018, beliau sentiasa mengamalkan pendekatan turun padang secara konsisten bagi memastikan setiap keperluan dan permasalahan rakyat dapat dikenal pasti secara langsung.

DATUK Larry Larry Sng Wei Shien berucap pada program santai dan majlis perasmian Rumah Biro Wanita bertempat di Rumah Kanyan Sudok, Nyalak Atas, baru-baru ini. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasama untuk memberi pembangunan kepada rakyat di kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang pembangunan dalam tidak jauh berbeza.

“Ini termasuklah menyediakan kemudahan kepada rakyat dalam memberikan keselesaan dan keselamatan,” katanya dalam satu hantaran di media Facebooknya, semalam.

Tambahnya, perkara berkaitan infrastruktur rakyat sememangnya dititikberatkan, terutamanya di Parlimen Julau.

“Selain itu, dalam mememantapkan masyarakat Julau, saya sentiasa mencari cara menerusi penganjuran kursus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

“Antara yang telah berjaya dianjurkan adalah kursus penanaman sawit dan kursus untuk wanita membuat kraftangan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggalakkan JKKK memanfaatkan sepenuhnya pelaksanaan Program Sejati MADANI yang menyediakan dana sehingga RM100,000 bagi membantu komuniti melaksanakan projek ekonomi yang berpotensi menjana pendapatan dan memperkukuh kesejahteraan penduduk.

Larry turut menggalakkan penyertaan  khususnya golongan belia yang belum mempunyai lesen memandu motosikal supaya menyertai program MyLesen.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Perhimpunan Tahun Baharu Cina Persatuan Klan Deng perkukuh perpaduan dan silaturahim
Next: Warga emas hilang di kebun ditemui selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.