Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua suspek ditahan kes curi motosikal di Kuching
  • JENAYAH

Dua suspek ditahan kes curi motosikal di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes curi motosikal di sekitar Kuching.

KUCHING: Polis menahan dua suspek tempatan bagi membantu siasatan kes curi motosikal yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu, berkata seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun ditahan sekitar 2.30 petang pada 28 Februari lalu di sebuah rumah di Jalan Green menerusi Ops Lejang Khas.

“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut terlibat dalam kes curi motosikal yang dilaporkan di sekitar Kuching, manakala wanita itu adalah teman wanitanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Avantis berwarna biru yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

MOTOSIKAL jenis Yamaha Avantis berwarna biru yang dirampas polis kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kedua-dua suspek didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau. Hasil saringan air kencing juga mendapati mereka positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri motosikal yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Premis hiburan tanpa lesen di Saradise diserbu, lelaki tempatan ditahan
Next: Pengurus premis hiburan beroperasi hingga 5.30 pagi didenda RM1,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.