Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gagal kemuka dokumen stabiliti, kapal kargo ditahan
  • SEMASA

Gagal kemuka dokumen stabiliti, kapal kargo ditahan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DITAHAN…Antara kru kapal yang ditahan untuk siasatan lanjut.

MIRI: Gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal membawa padah apabila sebuah kapal kargo tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, kapal itu ditahan sekitar 5.05 petang pada kedudukan 1.8 batu nautika barat laut Kuala Lawas.

Katanya, pemeriksaan mendapati kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen stabiliti seperti ditetapkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

DITAHAN…Sebuah kapal kargo ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal berkenaan dikendalikan sembilan kru membabitkan seorang warga tempatan, empat warga Indonesia dan empat warga Myanmar berusia antara 21 hingga 56 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Menurut Mohd Khairol susulan kesalahan itu, perintah tahanan dikeluarkan dan nakhoda bersama seorang kru diiring ke pejabat untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjamin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-649111 serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia Airlines terus gantung penerbangan ke/dari Doha, Jeddah, Madinah hingga 4 Mac ini
Next: Batik Air batal penerbangan KL-Dubai susulan ruang udara Asia Barat ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.