
MIRI: Sebuah kereta terbakar dalam kejadian di Desa Senadin Phase 2C, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, HenryJugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 petang sebelum sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai.
“Sebaik tiba pada jam 3.51 petang, pasukan mendapati benar sebuah kereta terbiar milik pelapor sedang terbakar.
“Pasukan segera menjalankan penilaian situasi dan bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki sehingga api dipadam sepenuhnya,” katanya.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.10 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.11 petang.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Liong Chai Ling