Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi ‘seperah’ Kampung Tanjung Engkabang terus mekar setiap Ramadan sejak 26 tahun lalu
  • WILAYAH

Tradisi ‘seperah’ Kampung Tanjung Engkabang terus mekar setiap Ramadan sejak 26 tahun lalu

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa menghadiri Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa beramai-ramai di Kampung Tanjung Engkabang, semalam. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Di saat arus kemodenan semakin deras menghakis nilai tradisi, penduduk Kampung Tanjung Engkabang di sini terus teguh mempertahankan warisan ‘seperah’ yang menjadi identiti kebanggaan mereka setiap kali tibanya Ramadan.

​Tradisi ‘seperah’ adalah tradisi berbuka puasa beramai-ramai dengan membawa juadah dari rumah masing-masing ini bukan sekadar jamuan makan, malah ia merupakan simbol penyatuan hati penduduk sejak lebih dua dekad lalu.

​Ketua Kampung Tanjung Engkabang, Mohamad Yusop mendedahkan bahawa amalan unik ini telah bermula sejak 2000 dan tidak pernah luntur ditelan zaman.

​Menurut beliau, setiap rumah di kampung tersebut akan menyediakan satu ‘seperah’ juadah untuk dibawa ke majlis tersebut, sekali gus memeriahkan lagi suasana berbuka dengan kepelbagaian menu.

​”Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan ukhwah antara penduduk kampung tanpa mengira usia.

“Ia menjadi acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penduduk di sini,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

TRADISI berbuka puasa beramai-ramai dengan membawa juadah dari rumah masing-masing ini bukan sekadar jamuan makan, malah ia merupakan simbol penyatuan hati penduduk sejak lebih dua dekad lalu. Foto Adi Safarman

​Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa budaya murni ini akan terus kekal relevan pada masa hadapan hasil sokongan padu komuniti setempat yang sentiasa memberikan komitmen tinggi.

​Majlis yang cukup bermakna itu turut mendapat sentuhan istimewa dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

​Dalam ucapannya, Dayang Noorazah meluahkan rasa kagum terhadap kecekalan penduduk kampung mengekalkan tradisi yang dianggap sebagai khazanah komuniti itu.

​Beliau berharap agar generasi muda masa kini terus memikul tanggungjawab menjaga warisan tersebut supaya ia tidak hilang ditelan arus pemodenan yang semakin mencabar.

​Jelas beliau, penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja menjadi medan sosial, malah menjadi ruang untuk memperbanyakkan doa, tahlil serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

​Dayang Noorazah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atas usaha murni yang membawa keberkatan kepada seluruh warga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita PBB Kalaka rancang lebih banyak program perkasa komuniti tahun ini
Next: Program pengagihan bubur pedas, bubur lambuk eratkan semangat kejiranan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.