Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas terus perkasa belia melalui program perpaduan dan kepimpinan di Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

Saberkas terus perkasa belia melalui program perpaduan dan kepimpinan di Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
 ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Saberkas Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong.

BINTANGOR: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Meradong terus memainkan peranan aktif dalam memperkasa golongan belia melalui penganjuran program kemasyarakatan yang menyatukan generasi muda pelbagai latar belakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata perpaduan dan kerjasama dalam kalangan belia pelbagai kaum merupakan kekuatan utama yang perlu terus dipelihara demi kemajuan Daerah Meradong.

“Perpaduan dan kerjasama antara belia Melayu, Cina dan Iban merupakan kekuatan utama Daerah Meradong.

“Saya menggalakkan golongan belia agar sentiasa mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan Sarawak serta melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan komuniti, keusahawanan, pendidikan dan kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama belia Daerah Meradong anjuran Saberkas Cawangan Meradong sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dan majlis berbuka puasa, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, mesyuarat tiga tahun sekali Unit Saberkas Cawangan Meradong turut diadakan bagi memperkemaskan struktur organisasi serta memastikan gerak kerja yang lebih tersusun dan berkesan untuk tempoh akan datang.

Pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi Unit Melayu, Unit Cina dan Unit Iban turut dilaksanakan secara rasmi bagi memperkukuhkan kepimpinan dan memperluas peranan Saberkas Cawangan Meradong dalam merancang serta melaksanakan pelbagai program pembangunan belia.

Koung Hiing turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu dan berharap mereka dapat memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kepentingan golongan belia serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.

“Saya yakin dengan semangat perpaduan dan penglibatan aktif belia, Saberkas akan terus menjadi platform penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, bersatu padu dan berwawasan demi kemajuan Meradong dan Sarawak secara keseluruhannya,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kepimpinan SUPP tekankan perpaduan dan disiplin sebagai asas kekuatan parti
Next: RM100,000 diperuntuk bagi naik taraf perparitan di Rumah Lika – Roy Gingkoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.