Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Naik taraf Hospital Sibu langkah penting tangani masalah kesesakan pesakit
  • Tengah
  • WILAYAH

Naik taraf Hospital Sibu langkah penting tangani masalah kesesakan pesakit

Utusan Sarawak 8 hours ago
 MERIAH….Ling merakam kenangan bersama para tetamu pada majlis rumah terbukanya di Pusat Komersial Rejang Park, malam tadi.

SIBU: Usaha menaik taraf Hospital Sibu sebagai hospital wilayah dilihat sebagai langkah penting bagi menangani masalah kesesakan yang semakin kritikal.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling berkata, hospital berkenaan kini menanggung peningkatan jumlah pesakit bukan sahaja dari Sibu, malah dari seluruh kawasan Wilayah Tengah termasuk Kapit, Kanowit dan Song.

“Hospital Sibu bukan hanya berkhidmat untuk penduduk Sibu sahaja, tetapi turut menerima pesakit dari kawasan sekitar. Oleh itu, isu kesesakan di hospital ini merupakan perkara mendesak yang perlu diselesaikan segera,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya di Pusat Komersial Rejang Park, malam tadi.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah menerima cadangan pembinaan bangunan baharu Hospital Sibu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan di kawasan tersebut.

“Cadangan pembinaan bangunan baharu ini merupakan projek berskala besar dengan anggaran kos melebihi RM1 bilion. Kita berharap kelulusan dapat diberikan secepat mungkin supaya pelaksanaannya dapat dimulakan dalam tempoh lima tahun akan datang,” ujarnya.

Selain projek bangunan baharu, katanya, kemudahan makmal kardiologi turut telah diluluskan namun masih belum dapat dilaksanakan berikutan kekangan ruang di hospital sedia ada.

“Kita sedang menunggu pihak hospital mengenal pasti lokasi sesuai atau mencadangkan pembinaan bangunan kecil bagi menempatkan kemudahan tersebut,” ujarnya lagi.

Ling berkata, makmal berkenaan penting bagi meningkatkan keupayaan rawatan penyakit jantung di Sibu sekali gus mengurangkan keperluan pesakit dirujuk ke hospital lain.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pembangunan fizikal perlu disertai dengan reformasi sistem bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih berkesan dan telus.

“Kita bukan hanya bercakap tentang pembangunan, tetapi juga pembaharuan sistem supaya pentadbiran berjalan dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap usaha menaik taraf Hospital Sibu dapat direalisasikan segera memandangkan peranannya sebagai pusat rawatan utama bagi wilayah tengah Sarawak semakin penting dari semasa ke semasa.

Majlis sambutan Tahun Baharu Cina tersebut telah dimeriahkan dengan persembahan muzik tradisional masyarakat Cina, tarian singa dan sebagainya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 300 asnaf DUN Daro terima santunan Ramadan
Next: DAP Sarawak tampil ramai muka baharu pada PRN akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.