Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sibu perlu perkukuh pelancongan dan kelestarian hadapi Tahun Melawat Malaysia 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

Sibu perlu perkukuh pelancongan dan kelestarian hadapi Tahun Melawat Malaysia 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM…Michael Tiang (duduk tengah) bergambar bersama tetamu jemputan dan para hadirin pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran MPS di sebuah hotel di Sibu, malam tadi.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disaran mempergiat persiapan bagi menyambut kemasukan pelawat tempatan dan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan memperkukuh sektor pelancongan, kebudayaan serta kelestarian bandar sebagai tunjang pembangunan.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang berkata, kempen berkenaan membuka ruang besar kepada Sibu untuk mengetengahkan identiti serta keistimewaan tersendiri di mata dunia.

“Bandar ini memiliki pelbagai tarikan yang berpotensi menarik minat pengunjung, termasuk Pasar Sentral yang menjadi mercu tanda serta kekayaan warisan budaya masyarakatnya.

“Selain itu, penganjuran acara seperti Festival Kebudayaan Borneo turut mampu menjadi platform efektif untuk mempromosikan kepelbagaian etnik dan tradisi unik masyarakat setempat,” katanya ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran MPS di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tambahnya, pengiktirafan yang pernah diraih Sibu sebelum ini membuktikan bandar tersebut berada pada landasan tepat untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelancong.

Antara pencapaian membanggakan itu ialah kejayaan memperoleh status Bandar Pelancongan Bersih ASEAN serta pengiktirafan sebagai Bandar Lestari di peringkat kebangsaan.

Beliau menegaskan, anugerah berkenaan bukan sekadar simbol, malah mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan bersama komuniti dan kerajaan dalam memastikan Sibu kekal bersih, hijau serta selesa didiami.

Sehubungan itu, beliau menekankan komitmen MPS untuk terus menambah baik mutu perkhidmatan awam dengan memberi perhatian terhadap aspek kebersihan, penyelenggaraan kemudahan serta kesejahteraan komuniti.

“Kita bukan hanya mahu menarik kedatangan pelancong, tetapi memastikan mereka pulang dengan pengalaman yang menggembirakan dan kenangan indah tentang Sibu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPS, Clarence Ting berkata, pihaknya akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme demi kepentingan warga Sibu.

Menurutnya, usaha memperkukuh perkhidmatan awam, menaik taraf infrastruktur, menjaga kebersihan serta melaksanakan pembangunan mampan akan terus menjadi keutamaan majlis.

“Selain pembangunan fizikal, pembentukan komuniti yang prihatin dan bersatu padu juga amat penting.

“Oleh itu, saya menyeru semua pihak supaya bekerjasama dengan majlis dalam menjaga kebersihan, mematuhi peraturan serta memupuk keharmonian di bandar ini,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau; dua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, William Anut dan Joshua Ting; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Desmond Douglas Jerukan; Setiausaha MPS, Henry Jalin Watt serta Pengerusi Pengelola, Rory Wong.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: ‘Infak Bubur, Edar Kesedaran’ dekati komuniti, 400 bekas bubur lambuk diagih di Taman Harmoni
Next: Kemudahan bilik digital bantu murid kuasai teknologi sejak awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.