Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ibu tunggal terjerumus dadah akibat tekanan hidup ditahan AADK di Kota Samarahan
  • JENAYAH

Ibu tunggal terjerumus dadah akibat tekanan hidup ditahan AADK di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEORANG ibu tunggal ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh AADK di kawasan Kota Samarahan, hari ini. Foto: AADK Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Tekanan kewangan dan bebanan membesarkan anak sendirian dikenal pasti antara punca seorang ibu tunggal terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah sebelum ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Samarahan, hari ini.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan pihak berkuasa menunjukkan keputusan positif terhadap bahan terlarang. Penahanan dibuat hasil maklumat risikan dan pemantauan berterusan oleh pegawai AADK di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan media AADK Daerah Kota Samarahan berkata, siasatan awal mendapati tekanan hidup akibat kekangan ekonomi menjadi faktor utama yang mendorong wanita tersebut mengambil jalan salah.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut dikenal pasti sebagai antara penyumbang kepada keterlibatan individu terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. 

SEORANG ibu tunggal ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh AADK di kawasan Kota Samarahan, hari ini. Foto: AADK Kota Samarahan

Persekitaran sosial yang tidak sihat didapati mempercepatkan lagi kebergantungan terhadap bahan terlarang berkenaan.

“Kesan penyalahgunaan dadah bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu terlibat, malah memberi impak langsung terhadap kebajikan serta masa depan anak-anak di bawah jagaannya,” menurut kenyataan tersebut.

Susulan penahanan itu, wanita berkenaan dibawa untuk tindakan lanjut dan bakal menjalani proses rawatan serta pemulihan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. 

Pendekatan ini selaras dengan misi AADK yang memberi penekanan terhadap aspek rehabilitasi berbanding hukuman semata-mata.

AADK menegaskan bahawa sokongan masyarakat amat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan lancar. 

Orang ramai digesa supaya tidak terus menghukum, sebaliknya memberi sokongan moral agar individu terlibat dapat bangkit dan kembali menjalani kehidupan secara normal.

Dalam pada itu, agensi berkenaan turut menekankan kepentingan penglibatan komuniti bagi memastikan rantaian penyalahgunaan dadah dapat diputuskan, khususnya demi menjamin masa depan anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan, AADK akan terus menyediakan program rawatan, kaunseling dan reintegrasi sosial bagi membantu klien berfungsi semula secara positif dalam masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau memerlukan bantuan berkaitan penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian Hotline AADK di 1-800-22-2235 atau menerusi WhatsApp di 019-626 2233 bagi mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan lanjut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 12 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.