CHERYL LAW
KUCHING: Ibu bapa bersetuju anak-anak yang terkandas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung dibenarkan pulang bermula 1 Mei.
Seorang pemandu, Law Teck Meng, 50, berkata setelah Perdana Menteri mengumumkan kelonggaran kepada pelajar IPT untuk balik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sebagai seorang bapa berasa lega kerana kerajaan memang mengambil berat keselamatan dan kebajikan rakyat, khasnya pelajar di Semenanjung yang akan balik ke pangkuan keluarga.
Law memberitahu, kalau pelajar itu telah disahkan negatif dari Covid-19 adalah wajar mereka dihantar pulang ke negeri masing-masing.
“Bukan saja pelajar tersebut disahkan negatif Covid-19, secara tidak langsung kerajaan dapat mengurangkan kos sara hidup kepada pelajar. Adalah lebih baik perbelanjaan itu digunakan untuk membeli peralatan untuk merawat mangsa Covid-19,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, bila pihak kerajaan telah memastikan pelajar itu telah bebas dari jangkitan Covid-19 dan benar-benar sihat, proses penghantaran pelajar harus dimulakan dalam masa terdekat. Ini kerana memang tiba masanya kerajaan menghantar pelajar itu balik ke negeri masing-masing.
“Sejak PKP bermula pada 18 April, kami sekeluarga risau akan keselamatan anak-anak kami, saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua yang terlibat yang menjaga kebajikan pelajar ketika tempoh PKP ini,” jelasnya.
Law menambah, saya gembira bila menerima berita pelajar dari Sarawak yang berada di Semenanjung akan balik ke pangkuan keluarga tidak lama lagi.
“Saya berharap wabak Covid-19 akan berakhir dan bersama-sama kita sebagai rakyat Malaysia membantu kerajaan dan barisan hadapan mencegah penularan Covid-19 dan duduk di rumah,” katanya.
Sementara itu, seorang pembantu klinik, Jessy Liew, 50, berkata pelajar yang terkandas di Semenanjung dan dibenarkan pulang bermula Isnin ini adalah bagus.
Jessy berkata, saya bersetuju kerana mereka boleh bersama di sisi keluarga tetapi mesti dipantau dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Ia juga memberi kebaikan kerana pelajar akan lebih selesa. Tujuan kerajaan membenarkan adalah kerana ia boleh memberi keselesaan pelajar dan pelajar boleh bersama keluarga,” katanya.
Tambahnya, ini tindakan yang terbaik kerana keselamatan dan kesihatan anak-anak juga akan lebih terjaga apabila bersama keluarga. Apabila berada di kampus, mereka perlu menjaga diri sendiri dan ini akan merisaukan ibu bapa.
Jessy memberitahu, dia berasa gembira kerana dapat bersama anak yang berada di tempat lain seorang diri dan berharap orang ramai boleh mematuhi kesemua peraturan dan SOP sepanjang PKP.