Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan, kepimpinan stabil tunjang Sarawak capai status maju 2030
  • Tengah
  • WILAYAH

Perpaduan, kepimpinan stabil tunjang Sarawak capai status maju 2030

Utusan Sarawak 8 hours ago
YEE SANG….Dr Sim ketika upcara menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran JKKK Kebajikan Kaum Cina N.50 Machan dan Komuniti Cina Kanowit, hari ini. Turut sama ialah Lau (dua kiri), Gramong (empat kiri), Anyi, Allan serta yang lain.

KANOWIT: Kepimpinan yang stabil dan sokongan padu rakyat terus menjadi tunjang kekuatan Sarawak dalam merealisasikan agenda pembangunan jangka panjang menjelang 2030.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, perpaduan serta semangat cintakan negeri perlu terus diperkukuh bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, Sarawak kini berada pada kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding sedekad lalu apabila negeri ini semakin dikenali dan dihormati bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

“Dulunya Sarawak sering dianggap sebagai sebuah negeri yang kurang diberi perhatian dan ketinggalan. Namun hari ini, ramai melihat Sarawak sebagai negeri berpotensi dan mahu menjadi sebahagian daripada arus pembangunan yang kita kecapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kebajikan Kaum Cina N.50 Machan dan Komuniti Cina Kanowit, hari ini.

Dr Sim berkata, walaupun hasil kerajaan negeri semakin meningkat, masih banyak aspek pembangunan yang perlu diberi perhatian termasuk pembinaan jalan raya, hospital dan sekolah.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan dan kesihatan merupakan asas penting dalam membina masa depan negeri, khususnya dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing.

Katanya, kerajaan Sarawak komited memperkukuhkan sektor kesihatan termasuk usaha mendapatkan lebih autonomi dalam bidang perubatan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Usaha ini agar Sarawak mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh kepada rakyat,” ujarnya.

Dr Sim turut mengingatkan rakyat agar terus bersatu dan menyokong usaha pembangunan kerajaan negeri demi memastikan Sarawak muncul sebagai negeri maju, inklusif dan membanggakan menjelang 2030.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, ADUN Ngemah, Anyi Jana, Penasihat JKKK Kebajikan Kaum Cina N.50 Machan dan Kaum Cina Kanowit, Dato Sri Gramong Juna, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming, Pegawai Daerah Kanowit, Cerisologo Sabut, Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Junical Ujal dan Pengerusi Penganjur dan Pemanca Leong Khing Hee.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelantikan KMKK amanah besar terus jadi jambatan antara rakyat dan kerajaan
Next: LCDA lulus Skim Perumahan Spaoh, bina lebih banyak rumah kedai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.