Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
  • BISNES

Ringgit diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pengumuman data utama AS dan perkembangan selanjutnya mengenai rundingan nuklear AS-Iran.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data pasaran buruh AS akan menjadi tumpuan dengan pemantauan yang rapi terhadap data pekerjaan bukan perladangan (NFP) dan kadar pengangguran.

Selain itu, AS dan Iran dijadual mengadakan satu lagi pusingan rundingan di Vienna minggu depan selepas pegawai kedua-dua negara baru-baru ini mengadakan pertemuan di Geneva, Switzerland bagi pusingan ketiga rundingan yang berakhir tanpa persetujuan.

“Selain itu, kalangan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia akan menetapkan Kadar Dasar Semalaman pada 5 Mac, dengan kebanyakan ahli ekonomi menjangka tiada perubahan dalam kadar dasar,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, beliau berpandangan bahawa mata wang tempatan itu akan diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan ASD/MYR berkemungkinan kekal antara RM3.88 dan RM3.90.

Bagi perbandingan secara mingguan, ringgit mengakhiri minggu ini dengan kukuh berbanding dolar AS apabila ditutup kepada 3.8910/8960 berbanding 3.8995/9055 Jumaat lepas.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama minggu ini.

Ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 2.4930/4963 daripada 2.5092/5132, naik berbanding pound Britain kepada 5.2470/2538 daripada 5.2511/2591 tetapi menyusut berbanding euro kepada 4.5898/5957 daripada 4.5882/5952 minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0742/0784 daripada 3.0724/0774, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 231.7/232.2 daripada 230.8/231.3, merosot berbanding peso Filipina kepada 6.75/6.76 daripada 6.70/6.72 dan susut berbanding baht Thai kepada 12.5153/5370 daripada 12.4952/5216 sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak akan eksport tenaga elektrik ke Brunei awal tahun depan
Next: IPG diaktifkan di Sabah, Sarawak bagi Februari 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.