Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Hafiz Suip muncul single Yang Engkau Mahukan, tanda fasa baharu seni dan kehidupan
  • HIBURAN

Hafiz Suip muncul single Yang Engkau Mahukan, tanda fasa baharu seni dan kehidupan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SINGLE baharu Hafiz Suip berjudul Yang Engkau Mahukan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Sarawak, Hafiz Suip muncul dengan single baharu berjudul Yang Engkau Mahukan, sekali gus menandakan fasa terbaharu dalam perjalanan seni dan kehidupannya.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu diterbitkan oleh Sheikh Qalam Records Sdn Bhd bersama Sony Music Entertainment Malaysia, mempertemukan semula dua figura yang sudah lama serasi dalam dunia muzik tempatan.

Bagi Hafiz Suip, single berkenaan bukan sekadar karya balada tentang rasa, sebaliknya cerminan perjalanan hidup yang sedang dilaluinya.

“Lagu ini bukan sekadar balada tentang perasaan, tetapi refleksi perjalanan hidup saya tentang jatuh bangun, kehilangan dan bagaimana saya menemukan kembali bahagia,” katanya pada majlis pelancaran single terbaharu dan iftar bersama Hafiz Suip Yang Engkau Mahukan di sini, Khamis lalu.

Walaupun sudah lebih 17 tahun bergelar penyanyi rakaman suara profesional sejak menjuarai Akademi Fantasia Musim 7, penyanyi ini mengakui perasaan gugup tetap hadir setiap kali memasuki studio rakaman.

PELANCARAN single baharu Hafiz Suip Yang Engkau Mahukan.

Namun, katanya, debaran itu lahir daripada rasa tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.

Hafiz tidak menafikan rasa gugup itu. Baginya, setiap lagu yang dilepaskan ibarat satu amanah kepada peminat yang setia menunggu buah tangan terbaharu daripadanya.

Menariknya, kemunculan Yang Engkau Mahukan hadir seiring dengan lembaran baharu dalam kehidupan peribadinya. Pada 13 Februari lalu, Hafiz selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Fiona Safiyya dalam sebuah majlis sederhana di Kuching.

Perkahwinan itu diumumkan secara ringkas dan pada saat akhir, satu keputusan yang diambil atas prinsip untuk tidak terlalu menguar-uarkan hal peribadi.

Namun jauh daripada sekadar berita perkahwinan, momen itu sebenarnya menjadi latar emosi kepada single terbaharunya. Hafiz Suip berkata lagu tersebut terinspirasi daripada pengalaman hidupnya sendiri.

“Sedikit sebanyak lagu ini datang daripada perjalanan hidup saya tentang jatuh bangun, kehilangan dan bagaimana saya menemukan kembali bahagia.

“Restu arwah ibu menjadi antara dorongan terbesar untuk saya melangkah ke fasa baharu. Pesanannya supaya perkara baik disegerakan masih terngiang-ngiang di fikiran saya,” katanya.

Di tengah perubahan hidup dan tanggungjawab baharu, Yang Engkau Mahukan menjadi simbol kematangan seorang Hafiz Suip.

Ia bukan lagu untuk membuktikan sesuatu, sebaliknya karya yang diraikan sebagai hadiah buat peminat dan mungkin juga sebagai refleksi dirinya sendiri.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ethan Hawke sukar dikenali dalam Blue Moon, raih pencalonan Oscar
Next: ‘Pokemon Winds’, ‘Pokemon Waves’ bakal dilancarkan sempena ulang tahun ke-30

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.