Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak kekal berisiko tinggi kes tibi, orang ramai disaran jalani saringan
  • KESIHATAN

Sarawak kekal berisiko tinggi kes tibi, orang ramai disaran jalani saringan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib mengagihkan saguhati kepada pengguna jalan raya pada program tersebut pada Majlis Pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 Peringkat Sarawak di Medan Ria Setia Raja, Mukah, hari ini.

MUKAH: Sarawak kekal antara negeri mencatatkan kadar kes tuberkulosis (tibi) yang tinggi walaupun trend penyakit berjangkit itu tidak menunjukkan peningkatan ketara sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib berkata secara keseluruhan situasi tibi di Sarawak stabil tanpa peningkatan mendadak, namun masih memerlukan perhatian berterusan kerana kadar kesnya lebih tinggi berbanding beberapa negeri lain. 

Hanifah berkata usaha pengesanan awal dan saringan dalam komuniti perlu diperkukuh bagi mengelakkan penularan penyakit itu, khususnya dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat pesakit.

“Trend tibi di Sarawak tidak menunjukkan peningkatan, tetapi juga belum menurun secara signifikan. Kadar kes masih agak tinggi dan memerlukan usaha berterusan dari segi saringan serta rawatan awal,” katanya, namun tidak mendedahkan angka terkini khusus bagi negeri itu,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Sarawak 2026 di Bazar Ramadan Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Medan Ria Setia Raja, di sini hari ini. 

Hanifah menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital sekiranya mengalami gejala seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam terutama pada waktu petang, penurunan berat badan dan hilang selera makan.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih serius sekiranya pesakit mengalami batuk berdarah yang menandakan jangkitan berada pada tahap lebih teruk.

Beliau berkata ahli keluarga, rakan serumah dan individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit tibi digalakkan menjalani saringan termasuk pemeriksaan kahak dan sinar-X dada bagi mengesan jangkitan lebih awal.

Selain itu, orang ramai turut diingatkan supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti memastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah kerana tibi mudah merebak di ruang tertutup dan sesak.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga Minggu Epidemiologi ke-6 (ME6/2026), sebanyak 3,161 kes tibi dikesan di seluruh negara dengan Sarawak merekodkan 332 kes, ketiga tertinggi di Malaysia.

Sementara itu, mengenai Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan, Hanifah berkata program berkenaan melambangkan pelaksanaan operasi pemantauan bazar Ramadan di seluruh negara yang kini memasuki tahun keempat, dengan pelbagai inisiatif diperkenalkan setiap tahun bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan.

Beliau berkata pemantauan bersepadu turut meliputi pemeriksaan premis pembekal bahan mentah seperti kilang ais serta premis penyediaan makanan yang dilesenkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Bekalan darah Hospital Miri semakin berkurangan, orang ramai digesa tampil menderma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.