Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Vaksin tifoid wajib untuk pengendali makanan bazar Ramadan
  • SEMASA

Vaksin tifoid wajib untuk pengendali makanan bazar Ramadan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib (empat dari kanan) merakam kenangan bersama yang lain pada Majlis Pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 Peringkat Sarawak di Medan Ria Setia Raja, Mukah, hari ini.

MUKAH: Pengendali makanan di bazar Ramadan diwajibkan menerima suntikan vaksin tifoid dan memperbaharuinya setiap tiga tahun sebagai langkah mencegah penularan penyakit bawaan makanan kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, pematuhan terhadap keperluan itu amat penting bagi memastikan tahap keselamatan makanan sentiasa terjamin sepanjang Ramadan.

“Pengendali makanan bukan sahaja perlu mendapatkan latihan, tetapi juga wajib menerima vaksin tifoid dan memperbaharuinya setiap tiga tahun bagi mengelakkan penularan penyakit bawaan makanan kepada pembeli.

“Keselamatan makanan bukan hanya bergantung kepada makanan itu sendiri, tetapi juga kepada individu yang mengendalikannya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 Peringkat Sarawak dan mengadakan sesi tinjauan di Medan Ria Setia Raja, di sini, hari ini.

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib ketika merasmikan Majlis Pelancaran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 Peringkat Sarawak di Medan Ria Setia Raja, Mukah, hari ini.

Hanifah yang juga Ahli Parlimen Mukah berkata, pelancaran itu bertujuan memastikan peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, selain memberi jaminan kepada rakyat bahawa makanan yang dijual adalah selamat dan bersih.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak terus komited melaksanakan Operasi Pemantauan Bazar Ramadan yang telah dimulakan seawal Februari dengan kerjasama semua Pejabat Kesihatan Bahagian dan Daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Sebanyak 28 sesi taklimat kebersihan premis makanan telah diadakan melibatkan 3,375 gerai di 60 tapak bazar Ramadan di seluruh Sarawak.

“Selain pemeriksaan premis sebelum Ramadan, pemantauan turut melibatkan penyediaan bufet berbuka puasa di restoran dan hotel, termasuk pemeriksaan 35 premis seperti kilang ais, restoran dan hotel bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa dipatuhi,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Technologist Zailina Abdul Majid dan Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kempen kutipan minyak masak terpakai perkukuh kelestarian bazar Ramadan
Next: UTS agih 500 bubur lambuk santuni komuniti di Dataran Tun Tuanku Bujang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.