Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek Pusat Tahfiz Saratok bernilai RM500,000 dilaksana tahun ini
  • WILAYAH

Projek Pusat Tahfiz Saratok bernilai RM500,000 dilaksana tahun ini

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak di lokasi cadangan projek bina baharu Pusat Tahfiz Saratok yang terletak bersebelahan Surau Al Fajr, Kampung Pagan, baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Projek bina baharu Pusat Tahfiz Saratok bernilai RM500,000 akan dimulakan selepas selesai proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong dan dijadualkan dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pembinaan pusat tahfiz berkenaan akan dilaksanakan menerusi peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi memperkukuh pembangunan pendidikan Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Menurut beliau, projek itu kini berada pada peringkat akhir proses dokumentasi sebelum dimulakan secara rasmi sebaik sahaja prosedur cabut undi disempurnakan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

Katanya, pembinaan pusat tahfiz tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan agama yang lebih tersusun dan berkualiti kepada masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, satu lawatan tapak telah diadakan di lokasi cadangan projek bina baharu Pusat Tahfiz Saratok yang terletak bersebelahan Surau Al Fajr, Kampung Pagan, bagi meninjau kesesuaian kawasan serta perancangan pelaksanaan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan lawatan tapak di lokasi cadangan projek bina baharu Pusat Tahfiz Saratok yang terletak bersebelahan Surau Al Fajr, Kampung Pagan, baru-baru ini. Foto ADUN Kalaka

Lawatan tersebut turut disertai Kato Dorsie daripada Pejabat Residen Bahagian Betong, Aida Labau dari Pejabat Daerah Saratok, Shahril daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana projek serta Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad.

Mohamad Duri berkata, dengan siapnya Pusat Tahfiz Saratok nanti, para penuntut akan dapat mengikuti pengajian dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif, sekali gus meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran.

Beliau menegaskan, kemudahan prasarana yang lebih baik amat penting dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam hafazan al-Quran, malah memiliki sahsiah terpuji.

Tambahnya lagi, pembinaan pusat tahfiz berkenaan juga dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkasakan pendidikan al-Quran di peringkat akar umbi, khususnya di kawasan luar bandar.

“Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat setempat serta menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berteraskan nilai-nilai Islam di DUN Kalaka,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penantian lebih sedekad penduduk Daro berakhir, Projek Klinik Kesihatan bernilai RM46.8 juta dimulakan
Next: Insiden runtuhan bangunan di Jalan Pahlawan diklasifikasikan bencana alam, kini diletakkan di bawah pengurusan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.