Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ralf Schumacher sifatkan sukan permotoran Jerman “melenyapkan dirinya sendiri”
  • SUKAN

Ralf Schumacher sifatkan sukan permotoran Jerman “melenyapkan dirinya sendiri”

Utusan Sarawak 6 hours ago
RALF Schumacher dakwa sukan permotoran Jerman “melenyapkan dirinya sendiri”, kos tinggi dan kekangan permit jejas laluan ke Formula 1.

MUNICH: Bekas pemandu Formula 1 (F1), Ralf Schumacher menyifatkan “sukan permotoran Jerman telah melenyapkan dirinya sendiri,” lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Ia bermula dengan isu pemuliharaan alam semula jadi, apabila kita tidak lagi dibenarkan memperoleh permit untuk litar go-kart atau meneruskan operasinya,” kata Schumacher yang kini bertugas sebagai pakar untuk ulasan televisyen,  dalam satu sidang media pada Khamis.

Beliau menjelaskan bahawa situasi itu seumpama menghapuskan padang bola sepak di Jerman namun masih mengharapkan kehadiran kelab gergasi seperti juara rekod Bundesliga, Bayern Munich.

“Kita tidak akan mempunyai mana-mana pemandu Formula 1 dalam masa terdekat, melainkan mereka mempunyai wang yang mencukupi dan berjaya memandu go-kart di Itali seperti kebanyakan orang yang benar-benar berkemampuan,” kata adik kepada juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher itu.

Ralf Schumacher menganggarkan kos untuk meningkat naik dari saingan Formula 3 ke F1 adalah kira-kira €15 juta (AS$17.7 juta).

“Sebaik-baiknya, anda perlu memenangi Formula 3 dan kemudian Formula 2 dalam masa yang singkat, semata-mata untuk menarik perhatian pasukan,” katanya.

Jerman tidak lagi menganjurkan perlumbaan F1 sejak 2020, iaitu kali terakhir litar Nürburgring dimasukkan ke dalam kalendar yang disemak semula semasa pandemik COVID-19.

Penganjur menyifatkan kos penganjuran Grand Prix yang tinggi sebagai faktor penghalang untuk Jerman kembali ke pentas utama itu.

Pada masa ini, Nico Hülkenberg merupakan satu-satunya pemandu Jerman yang bersaing dalam litar F1. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Gergasi England kuasai undian 16 terakhir Liga Juara-Juara
Next: Arsenal diuji Chelsea, Spurs makin terdesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.