Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rujukan ke Mahkamah Persekutuan langkah sah pertahan hak Sarawak
  • TEMPATAN

Rujukan ke Mahkamah Persekutuan langkah sah pertahan hak Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
WILFRED Yap sangkal PBK.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa Wilfred Yap menolak dakwaan Parti Bumi Kenyalang (PBK) bahawa tindakan kerajaan Sarawak mendapatkan penentuan Mahkamah Persekutuan berhubung Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Pelantar Benua 1966 sebagai satu perjudian atau perang perlembagaan.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata langkah itu merupakan tindakan yang bertanggungjawab dan sah di sisi undang-undang bagi memperjelaskan hak Sarawak.

“Ini bukan satu perjudian dan bukan juga perang perlembagaan. Ia adalah proses undang undang yang wajar untuk menentukan dan menegaskan kedudukan Sarawak di bawah peruntukan undang undang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia dibentuk berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan kekal sebagai asas perundangan Persekutuan.

“Untuk mengatakan bahawa MA63 adalah terbatal dan tidak sah merupakan pendirian melampau yang tidak disokong oleh sebarang keputusan antarabangsa serta boleh menjejaskan perlindungan perlembagaan Sarawak sendiri,” katanya.

Menurutnya, apabila timbul persoalan perlembagaan, forum yang sewajarnya untuk menyelesaikannya ialah mahkamah.

“Mendapatkan penjelasan kehakiman akan mengukuhkan kedudukan undang undang Sarawak serta menunjukkan penghormatan terhadap kedaulatan undang undang. Ia tidak melemahkan kuasa rundingan kita, malah memperkukuhkannya,” jelas beliau.

Yap turut berkata memandangkan MA63 merupakan satu perjanjian antarabangsa, saluran perundangan antarabangsa termasuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa masih terbuka sebagai langkah terakhir, tertakluk kepada proses perundangan dan persetujuan pihak terlibat.

“Namun, kepimpinan yang bertanggungjawab menuntut supaya segala remedi perlembagaan di peringkat domestik diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau menambah bahawa Gabungan Parti Sarawak sentiasa memulihkan hak Sarawak melalui rundingan tegas yang disokong kekuatan undang undang dan bukan sandiwara politik.

“Masa depan Sarawak mesti berasaskan undang undang dan strategi, bukan retorik berasaskan ketakutan atau spekulasi melulu,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak kekal contoh keharmonian kaum
Next: Projek Pusat Seni Persembahan Sarawak tunjuk prestasimemberangsangkan, dahului jangkaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.