Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Taec-yeon bakal tamat zaman bujang April ini
  • HIBURAN

Taec-yeon bakal tamat zaman bujang April ini

Utusan Sarawak 5 hours ago
Taec-yeon bakal mendirikan rumah tangga April ini, dengan majlis tertutup seperti disahkan agensinya, 51K.

SEOUL: Agensi kepada anggota kumpulan 2PM, Ok Taec-yeon, tampil memberikan penjelasan susulan laporan media yang mendakwa beliau bakal mendirikan rumah tangga pada 24 April ini.

Sebelum ini, pada 1 November tahun lalu, agensinya, 51K, mengumumkan bahawa Taecyeon akan berkahwin dengan teman wanita yang telah lama dikenalinya pada musim bunga tahun ini. Majlis itu dimaklumkan akan berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat.

Pada 25 Februari, SPOTV News melaporkan bahawa pelakon dan penyanyi itu dijadual mengadakan majlis perkahwinannya pada 24 April di sebuah lokasi persendirian di Seoul.

Bagaimanapun, dalam kenyataan rasmi, 51K menegaskan bahawa semua butiran berkaitan perkahwinan, termasuk tarikh dan lokasi, akan dirahsiakan atas pertimbangan terhadap bakal pengantin perempuan yang bukan daripada kalangan selebriti.

“Kami memohon pemahaman semua pihak bahawa maklumat terperinci mengenai majlis perkahwinan tidak dapat didedahkan. Mohon doa dan sokongan berterusan buat pelakon Ok Taec-yeon yang bakal memulakan fasa baharu dalam kehidupannya,” menurut kenyataan itu.

Taecyeon, yang dikenali menerusi kerjaya nyanyian dan lakonan, menerima ucapan tahniah daripada peminat susulan pengumuman tersebut. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Hampir 5 dekad, Kamal Haasan dan Rajnikanth kembali bergandingan di layar perak
Next: Park Chan-wook, akan ketuai juri Festival Filem Cannes ke-79

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.