Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBALB Sarawak nafi dakwaan air tercemar di Sri Aman
  • TEMPATAN

JBALB Sarawak nafi dakwaan air tercemar di Sri Aman

Utusan Sarawak 9 hours ago
MESEJ berbentuk tangkap layar yang tersebar itu adalah tidak benar dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa kesihatan. Foto JBALB Sarawak

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya bekalan air terawat di Sri Aman tercemar sehingga menyebabkan kes cirit-birit dan muntah dalam kalangan penduduk.

Menurut kenyataan media JBALB Sarawak, mesej berbentuk tangkap layar yang tersebar itu adalah tidak benar dan tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa kesihatan.

Jabatan itu memaklumkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman berhubung kandungan mesej tular berkenaan.

Selain itu, tiada pengesahan bahawa kes cirit-birit dan muntah yang dilaporkan di kawasan tersebut berpunca daripada bekalan air terawat yang disalurkan oleh JBALB Sarawak.

Sehubungan itu, jabatan berkenaan menegaskan bahawa dakwaan yang mengaitkan masalah kesihatan awam dengan bekalan air JBALB adalah tidak berasas, mengelirukan serta bersifat spekulatif.

Menurut kenyataan tersebut, bekalan air terawat di semua loji rawatan air JBALB dipantau secara berterusan mengikut piawaian keselamatan serta kualiti air yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan kualiti air, makluman rasmi hanya akan disalurkan melalui platform komunikasi sah JBALB Sarawak serta agensi berkaitan.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan mesej tular yang tidak disahkan kesahihannya kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

JBALB Sarawak turut memandang serius penyebaran maklumat palsu dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan perkara tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LCDA sambut 45 tahun bersama komuniti, salur zakat RM1.78 juta kepada Baitulmal Sarawak
Next: Hak Sarawak perlu dihormati, bukan dirunding secara politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.