Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan saham tidak wujud
  • JENAYAH

Lelaki rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan saham tidak wujud

Utusan Sarawak 4 hours ago
ACP Alexson Naga Chabu 

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun kerugian RM1,108,784 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian dikenali sebagai FYCMAX.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp pada 9 Disember 2025 sekitar 2.00 petang ketika berada di pejabatnya, yang menawarkan peluang pelaburan FYCMAX dengan janji keuntungan lumayan.

“Mangsa kemudian menyertai kumpulan WhatsApp dikenali sebagai FYCMAX VIP sebelum diarahkan memuat turun satu aplikasi dikenali sebagai FYC dan berhubung dengan beberapa pentadbir kumpulan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson berkata, mangsa yang percaya dengan tawaran tersebut telah melakukan 23 transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM1,108,784.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan semula wang pelaburan termasuk keuntungan yang dijanjikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan di media sosial dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa atau institusi berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Mangsa penipuan kad kredit rugi hampir RM10,000, orang ramai diingatkan agar berwaspada
Next: Rampasan dadah bernilai RM7,700, dua suspek ditahan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.