Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pemuda PBB sokong petisyen kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan
  • NASIONAL

Pemuda PBB sokong petisyen kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PBB Sarawak menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan Sarawak memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kesahan perlembagaan undang-undang Persekutuan yang melibatkan hak Sarawak ke atas sumber aslinya.

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan kerajaan Sarawak untuk memfailkan petisyen Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bagi menentukan kesahan perlembagaan serta pemakaian beberapa undang-undang Persekutuan yang memberi kesan terhadap hak Sarawak ke atas sumber aslinya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Pemuda PBB menegaskan langkah tersebut amat penting bagi mendapatkan kejelasan kehakiman berhubung persoalan asas perlembagaan yang mempunyai implikasi besar bukan sahaja kepada generasi masa kini, malah masa depan rakyat Sarawak.

Menurut kenyataan itu, Sarawak secara konsisten menegaskan bahawa pengurusan dan pengawalseliaan sumber aslinya hendaklah dilaksanakan selaras dengan aturan perlembagaan yang menjadi asas pembentukan Malaysia, termasuk Perjanjian Malaysia 1963 serta perlindungan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pendirian Sarawak bukan bersifat sewenang-wenangnya atau beremosi. Hujah-hujah yang dikemukakan adalah tegas, berasaskan undang-undang serta berakar kukuh dalam kerangka perlembagaan yang membentuk Persekutuan,” menurut kenyataan itu lagi.

Pemuda PBB turut menyifatkan tindakan memfailkan petisyen tersebut sebagai pendekatan berlandaskan undang-undang dan selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang, berbanding tindakan bersifat retorik atau konfrontasi.

Mengulas naratif tertentu dari Semenanjung Malaysia yang cuba menggambarkan Sarawak bertindak atas kepentingan sendiri, kenyataan itu menegaskan bahawa petisyen berkenaan membuktikan sebaliknya apabila Sarawak memilih saluran perundangan yang sah untuk menyatakan pendirian serta mendapatkan penentuan muktamad daripada mahkamah tertinggi negara.

“Mempertahankan hak perlembagaan tidak wajar disalah tafsir. Sarawak tidak akan gentar dalam mempertahankan apa yang sememangnya menjadi hak di sisi undang-undang,” tegas kenyataan tersebut.

Dalam masa yang sama, Pemuda PBB mengiktiraf komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk terus mengadakan libat urus secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, usaha mendapatkan kejelasan melalui proses kehakiman tidak seharusnya dan tidak boleh menafikan kepentingan dialog, kerjasama serta rasa hormat bersama dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Gegaran gempa Sabah hanya skala lemah, jangan panik – Arthur
Next: PM Anwar setuju pertimbang pelepasan perolehan dana ATM – Mohamed Khaled

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.