Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MA63 tidak boleh dirunding, kata Setiausaha Agung SUPP
  • SEMASA

MA63 tidak boleh dirunding, kata Setiausaha Agung SUPP

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUPP Setiausaha Agung, Datuk Sebastian Ting.

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Sebastian Ting Chiew Yew, menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi terhadap keputusan Kerajaan GPS untuk memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan berhubung kesahihan dan pemakaian berterusan beberapa undang-undang petroleum persekutuan di negeri ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau menegaskan bahawa langkah tersebut bukan strategi politik, sebaliknya satu tindakan perlembagaan yang sudah lama tertangguh.

“Ini bukan manuver politik. Ini adalah perhitungan perlembagaan yang sudah lama tertangguh,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia dibentuk pada 1963 berdasarkan terma perlembagaan yang dipersetujui dan Sarawak tidak menyertai sebagai wilayah bawahan, sebaliknya bersama Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Perlembagaan Persekutuan.

“MA63 bukan sekadar catatan sejarah. Ia adalah asas perjanjian persekutuan,” katanya.

Menurutnya, perlindungan, kuasa perundangan dan sempadan wilayah yang wujud pada Hari Malaysia telah dirunding secara rasmi dan dimaktubkan dalam Perlembagaan serta bertujuan untuk terus kekal.

“Ia tidak boleh dipinda, dilemahkan atau diketepikan melalui undang undang persekutuan yang menyimpang daripada keseimbangan perlembagaan asal,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa hak kedaulatan terhadap sumber petroleum dalam wilayah Sarawak kekal milik Sarawak pada Hari Malaysia dan sebarang undang-undang persekutuan yang cuba memusatkan atau mengatasi hak tersebut secara kekal mesti melalui penelitian perlembagaan yang ketat.

Tambahnya, pelanjutan dan penguatkuasaan beberapa undang-undang persekutuan semasa Darurat 1969 serta kesannya yang berterusan walaupun darurat dibatalkan pada 2011 menimbulkan persoalan perlembagaan yang mendalam.

“Kuasa darurat tidak pernah bertujuan untuk mengubah keseimbangan persekutuan yang dipersetujui pada 1963 secara kekal. Langkah sementara tidak boleh menjadi penyusunan semula perlembagaan yang kekal hanya kerana dibiarkan berlarutan,” katanya.

Beliau berkata, permohonan mendapatkan penentuan Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4 dan 128 Perlembagaan Persekutuan bukan satu tindakan konfrontasi, sebaliknya penegasan terhadap ketertiban perlembagaan.

“Jika terdapat keraguan perlembagaan, ia mesti diputuskan secara kehakiman, bukan secara politik, pentadbiran atau andaian,” katanya.

Tegasnya, mempertahankan MA63 bukan tindakan anti-nasional dan menuntut pematuhan Perlembagaan bukan sesuatu yang memecah-belahkan

“Melindungi hak Sarawak mengukuhkan Malaysia, bukan melemahkannya,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Premier dan Kerajaan GPS atas langkah yang disifatkannya sebagai berprinsip dan tegas.

“Kepimpinan memerlukan keberanian, terutama dalam mempertahankan hak perlembagaan yang menentukan struktur persekutuan. Sarawak berdiri teguh bukan kerana permusuhan, tetapi atas keyakinan perlembagaan. MA63 tidak boleh dirunding. Perlembagaan mesti ditegakkan,” katanya.

 Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu Petros-Petronas: Biar mahkamah tentukan – Mustapha Sakmud
Next: Perpaduan nasional semakin kukuh, IPNas 2025 atasi sasaran RMK12 – Aaron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.