Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kehilangan Igoh Sengaling masih misteri, operasi SAR hari keempat belum temui petunjuk
  • WILAYAH

Kehilangan Igoh Sengaling masih misteri, operasi SAR hari keempat belum temui petunjuk

Utusan Sarawak 6 hours ago
OPERASI SAR yang memasuki hari keempat yang dijalankan hari ini masih lagi gagal menemukan lelaki warga emas, Igoh Sengaling, 84, yang dilaporkan hilang sejak 18 Februari lalu. Foto PGO Bomba Sarawak

SKRANG: Kehilangan seorang lelaki warga emas, Igoh Sengaling, 84, dari Rumah Richard Tawan, Tebarong, di sini masih menjadi misteri apabila operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keempat hari ini masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, operasi diteruskan sejak awal pagi dengan penglibatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama beberapa agensi keselamatan lain.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah panjangnya pada 18 Februari lalu sekitar 7.00 pagi dengan menaiki perahu untuk mendapatkan rawatan serta mengambil ubat di Klinik Kesihatan Skim Skrang.

OPERASI SAR yang memasuki hari keempat yang dijalankan hari ini masih lagi gagal menemukan lelaki warga emas, Igoh Sengaling, 84, yang dilaporkan hilang sejak 18 Februari lalu. Foto PGO Bomba Sarawak

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan selepas urusan tersebut selesai, menyebabkan keluarga serta penduduk rumah panjang bertindak menjalankan pencarian di sekitar kawasan berhampiran termasuk hutan dan sungai, namun gagal menemuinya.

Laporan polis kemudian dibuat pada 19 Februari kira-kira 7.51 malam sebelum operasi SAR rasmi dilancarkan oleh pihak berkuasa.

Pada hari keempat operasi hari ini, seramai 10 anggota bomba yang diketuai Komander Operasi, Yusuf Tamin, bergerak ke lokasi seawal 8.00 pagi bagi meneruskan usaha pencarian.

Operasi dibahagikan kepada beberapa sektor melibatkan pencarian di darat dan di sungai, dengan pasukan menggunakan tiga bot untuk menyusuri Sungai Skrang, manakala pasukan darat melakukan pencarian dalam radius tertentu dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Fokus pencarian tertumpu di kawasan penemuan perahu mangsa kira-kira 1.5 kilometer dari PKB, selain operasi menjejaki kemungkinan laluan mangsa berdasarkan kesan tapak kaki, ranting patah dan tanda pergerakan di kawasan hutan.

Pasukan SAR turut memperluaskan radius pencarian di darat sehingga empat kilometer, manakala pencarian di sungai dijalankan ke arah hulu dan hilir Sungai Skrang pada jarak sama.

Namun begitu, operasi terpaksa dihentikan sekitar 4.00 petang selepas cuaca buruk termasuk hujan lebat dan ribut melanda kawasan tersebut, sebelum disambung semula esok atas arahan Ketua Balai Polis Skrang.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan beberapa agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan (RELA) serta penduduk kampung yang bersama-sama membantu usaha mencari mangsa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aneka kuih tradisional meriahkan Bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri
Next: Kongsi rezeki, cipta senyuman: Imperial Hotel anjur iftar bersama keluarga yang memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.